Showing posts with label korang rase. Show all posts
Showing posts with label korang rase. Show all posts

Friday, August 19, 2016

Mudahnya dgn app Blogger ni!

Yeahhh mcm boleh bernafas balik bila dapat kembali berblogger. 😂 Setelah sekian lama tak menulis, berkongsi cerita suka duka, cerita percutian dan lain-lain.

Tahu app blogger ni pun dari cik Yatt... Nak download tapi memory pulak tak cukup. Ahaa ni dah cukup, hari-hari aku boleh update.

Actually,  banyak sangat nak tulis. Tapi takpe kita warm up dulu dengan cerita yang tak berapa bosan. Kaedahnya tak bosan laa sgt! Hahaha

Siapa yang tanya aku sekarang keje mana, dgn bangganya aku nak bgtahu aku masih surirumah sepenuh masa & buat bisnes online kecil-kecilan. 😉👍

Masih gembira di rumah sbb layan cikPa 24/7 tanpa jemu. Harus diakui cikpa pun dah semakin montel bila duduk rumah dgn mmy nya ni. Hahaha so, mmynya pun sama naik je gebus juga. Tapi takpe tu tanda mensyukuri nikmat Allah bagi.

Okay jangan lupa baca coretan hari esok! Coretan bukan carutan, dah jadi mak bdk ni carutan dah dikurangkan. Hahahaa

Sincerely,
Mummy Afeefa.
Xoxoxo

Tuesday, June 2, 2015

Borak kosong.

Assalamualaikum & hi all,

Lately, banyak benda yang aku pikior & kena buat sesuatu dgn life sendiri.
Nak berjaya, kena berani untuk  melangkah lebih jauh ke depan. Yg pasti aku kena banyak berusaha.
So, untuk ketika ini keputusan besar telah diambil. Keputusan apekah itu? biarlah rahsia. kih3
Takde mood nak update blog. Tapi gigihkan diri jugak nak menulis sesuatu supaya apa yang berat kat dalam kepala hotak aku ni diringankan. Over tau!! ahaks...

Okaylah ni saja-saja nak storylaa... bcz semalam aku dgn hubby duk borak2 pasal zaman sekolah masing2. Actually mmg kiteorg suka flashback menda2 yg kelakor, kdg zaman kiteorg kenal dulu. kih3 Well, itulah rentetan hidup kita ni, semua ade sejarah hidup memasing. Yg penting amik iktibar dan pengajaran dari perkara yg dah lepas & hidup terus ke hadapan.

Next, nak sharing perkembangan cik Pipapipot. Our sweet clever little angel... hehehe Now, dah boleh jalan setapak dua tp lepas tu bila kita tegur dia duduk. adehhlaa anak mummy ni. keh3 Tp kita sebagai ibu bapa kena sabar tgk perkembangan anak kita. hikss... pastu yg over excited nya haruslaa mummy Pipa ni. Doakan yg terbaik untuk anak, moga Pipa jadi anak solehah & bijak.

Semoga lebih bersemangat menghadapi hari yang mendatang!






Monday, May 18, 2015

Manusia dan berubah.

Assalamualaikum & Hi all.

Alhamdulillah diberikan peluang untuk hidup dan bekerja mencari rezeki halal.

Hidup ini kadangkala tidak seindah yang kita sangka,
dan kadangkala tak susah yang kita jangka.
Maka, tabahlah melalui hari-hari yang mendatang.

Aku hidup tidak kejar pujian dunia,
cukuplah sekadar bersederhana.
Aku hidup bukan untuk menyenangkan nafsu semata,
moga masih ada Iman di dada.

aku mencari bahagia,
bahagia bersama keluarga.
Moga dijauhkan anasir jahat yang cuba menjatuhkannya.

-Tamat sajak-

Saja starting nak bersajak.
hahaha aduhh rasa mcm serius sibuk sejak dua menjak ni.
Sebenarnya kepala masih pusing sebab kesibukan kerja.
Mohon jangan annoyed dgn lagu auto play kt blog aku.
Tgh Obses layan lagu "Kun Anta"
Eh! aku memang gemar layan lagu Arab.
Amr diab & ade lg sorang penyanyi arab tu aku tak ingat nama.
Lagu arab best sbbnya aku akan imagine aku kat 
padang pasir pastu ade angin2 sepoi2 bahasa cmtu pastu sambil aku jalan sorang2
pastu tgh jalan tu nampak hubby aku dari jauh then lari2..ehhhh.
apekehei....hahaha over kann... 

Sekian untuk hari ni.
Masih tak berkesempatan nak update cerita percutian.
Maafkan saya.

Okay Tata.



Thursday, May 14, 2015

HECTIC WEEK

Assalamualaikum & Hi all.

Piuuuuuu, busynya! Rasa macam tak cukup tangan this week.
Tak sempat nak update blog & buat review pasal vacation.

Btw, jika ada kelapangan akan di Update hari esok.
Setelah semua kerja di submit.
Dugaan bekerja. kih3
huwarghhh I already miss gila babss Langkawi. 
T_T

Okay That all for today. ahaks.

Lovely day at Pantai Kok, Sunday -10May2015

Tuesday, May 5, 2015

GERAM

Assalamualaikum & Hi all,

Semoga hari ni kita bekerja dengan hati yg ikhlas & cerialah hendaknya.

Disebalik kita seronok tu, ade yang tengah bersedih sbb kehilangan ahli keluarga tersayang.
Kes yang dah viral sekarang ni, geng myvi club and membabitkan kehilangan 3 nyawa.
Seyesly bila aku tgk gambar arwah baby comel tu yg sebaya Pipa... sedih... bila memikirkan anak-anak arwah lagi 2orang tu aku sedih sbb mereka still perlukan kasih sayang mama n baba dorang kan.
I couldn't imagine that bcz even aku yang dah tua ni pun still cari mama aku. Ya Allah tabahkanlah hati anak2 itu.

Moga diberi tindakan seadilnya buat yang bersalah,di sebabkan myvi yg berlumba buathal... Myvi yg tak bersalah turut kena tempias okay. Aku ckp cmni sbb Aku ni dahla bawak Pipa pagi2 dah kena jeling ng kereta seblah. Haruslah aku naikkan seat Pipa bg dorang nampak ade baby dlm tu. gggrrrr... Pleaselah!! Tak pasal-pasal terasa paranoid bawak Myvi ... ini seyeslah weiii...dhla mampu pakai Myvi jek & mmg aku tak suka join club bagai ni. Motif beli kereta sbb senang nak balik kg, nak hantar anak, nak pergi kerja... kalo terlebih mampu aku pakai CRV baru tu. tu jela kereta idaman..kih3 orang size kemetot mmg suka bwk kete besau sket sbb senang nampak jalan. Bila dah jadi kes cmni haaa pengajaran okay! bawak kereta mohon semua berhemah, tak kira lah enkorang masuk club ke tak masuk tlglah jgn berlagak sgt.

Okaylah, cukuplah sampai di situ... ahaaa aku & hubby tgh counting days. ahaksss Vacation mood dah mulai membuak2... of coursela yg excitednya aku. hahaha Hope perjalanan kami selamat pergi & pulang. Takdelah jauh mana tapi plannya berbulan2 jugak, plan tu dari segi bajetlaa..hehehe Tak payah nak berangan sgt kalau takde duit nak merayap jejauh.

Alright All. Be Safe. Drive Safely. Don't race! 
INGATLAH ORANG TERSAYANG.



Wednesday, April 29, 2015

THIS IS HOW I DO.


Yup hargailah moment yg ado skang ni. 
Tahun lepas, baru lahirkan anak.
Tahun ni Pipa dah setahun, so hargailah kehidupan ni selagi boleh.
psssst... I love my Life!!


Be positivie & tak payah nak touching sgt.
hahaha boooo


Rilekk laaa... Ada probs kasi setel elok2.
Tak puas hati kasi face to face.
ahakss... Senyum itu sedekah.


Yup, semua di atas takde dijual.
So hargailah apa yang hado.


Overthinking adalah masalah jiwa.
So stop doing that.
be happy! Jangan cepat sgt memikior bebukan.
Especially kt orang lain. ahaks.




Vacation di Sandakan, Sabah (THROWBACK 2013)

Assalamualaikum and hi all,

Moga hari ni kita semua happy & takde insan yang nak fefeeling paranoid okay. ahaks..
Okaylah hari ni saja nak share vacation di Sandakan Sabah with Family in Law.
Kiteorang sekeluarga naik flight Air Asia pergi & pulang. hehehe 13-11-2013 hingga 17-11-2013.
Actually tujuan asal nak ambil my sis in law iaitu Kak Chik balik Semenanjung bcz dia dah dapat transfer sekolah di Semenanjung. So sekalilah boleh jalan-jalan makan angin, aku pun tak pernah pergi Sandakan so I followww. ahaks gituw...Masa ni aku tengah preknen Pipa 4bulan. hihi 
Nasibla larat jer nak jalan & selera makan pun okay. 

ni kiteorg sampai airport 4am cmtu, x ingat flight pukul berapa hehe
Opah comel je hihi 

Landed at 9:17am Airport Sandakan
Matahari pun dan terik time ni. hehe

Selpie gediks kami hahaha 

Masa ni 2nd day kat Sandakan, jalan & makan.
Shopping gift kat pasar Sandakan. 
Tgk mcm2 jenis mutiara. Rambang mata nak membeli. hahaha 

Esoknya kami pergi Semporna Sabah, naik van kiteorg sewa.
Tido sana 1 malam & esoknya nak pergi tgk pantai cantik.
Tp taklah pergi pulau Mabul or Pulau lain2 sbb masa terhad.
Naik van dari Sandakan ke Semporna agak jauh & ambil masa dlm 7jam utk sampai.
Syoknya lalu setiap daerah sekitar situ mcm Kota Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak.
kami ade transit kejap di bandar Lahad datu, berhenti pergi tandas & beli makanan sket.

Mengidam Meggi, sgtlah tak elok utk ibu mengandung hehe
makan 1 cup sajjo tau. 
Masa ni kt bandar Lahad Datu.

Gambar 1, tu masa shopping kt Pasar Sandakan.
Gambar 2, hubby kemas beg masuk van before gerak ke Semporna.
Gambar 3 & 4 dah otw ke Semporna.
Gambar 6 & 7 laut di Semporna. Cantik kan?!

Syok oi berendam. hiks Tp tak leh beria sbb aku preknen.
Tp mase tu enjoy jugak sbb 
beria pg sewa kaki itik laa..pelampung nak berendam punya pasal.
hahaha 
Hubby yg paling beria berendam. Sampai kaki terpijak landak laut.
hahaha Pastu tetiba dtg abg ni dia cakap kalau nak buang kena kencing kt tempat tu.
krikk krikk krikk...
hahaha mmg taklah hubby aku nak buat. 
Dia cungkil je bagi boleh kuar duri tu.
Boleh jugak kuar.

Paling syok kat Sandakan, harga seafood sgt murah.
Last day before fly mlm tu.
Pergi pasar Sandakan bertiga dgn Mama & hubby.
Beli ketam & udang. Murah weh hahaha
Pastu balik rumah sewa kak Chik, Mama masak untuk lunch
mmg sedappp..

Mak buyung tak larat berdiri hahaha ni nak balik dah.

Kami semua kelaparan & makan dlm flight. hihi
Dah fly balik Semenanjung, hiks Opah dapat layanan best dr cabin crew Air Asia.
Pilot pun peramah.
Syoknya kami pun menumpang lif turun flight dgn Opah.
Opah mana nak larat naik tangga semua tu.
nasib ade lif khas gitu. 

Tahun ni  kemana pulak kita? hehehe. tunggu.....



















Thursday, April 16, 2015

My kind of HAPPINESS.

Assalamualaikum All. Just wanna share 10 things that make me happy.

1. Alhamdulillah, I have the best Parents.
Mama & Abah
Papa & Umi
Mama & Ayah


2, Hubby


3. Watch cartoons and laugh together (my daughter Intan Afeefa)


4. This one is totally happiness! keh3 (pelahap punya orang)


5. Makeup 


6. Addicted to suhsi -yumsss-


7. Kadang2 dapat cmni pun best, kih3 baca novel sesorang


8. BFF 


9. The Coffee bean & leaf 


10. Kih3 weirdo

credit: twitter.

HAVE A NICE DAY.










Tuesday, April 7, 2015

I need my own privacy.

Assalamualaikum & have a nice day y'all.

hehehe Bajet gila tajuk entry tu.. xde kena mengena post entry hari ni dgn tajuk di atas. Aku tak kisah sgt pun tang privacy sbb aku wujudkan blog ni pun sbb nak share story. Kalau privacy sgt, mmg x wujud blog ni kot. hehehe Actually, kepala aku sedikit pusing dengan timbunan kerja yang datang sekaligus dan bakal membuatkan aku berbuih-buih. hahaha

Okay dah tahu busy tp saje nak buat karangan kat blog ni kejap. kih3 Ade a few entry yg still dlm draft, aku jenis tulis panjang-panjang then malas nak publish post hahaha Tgk keadaan dan situasi la serta mood yang memainkan peranan nak publish story. bajet wartawan!! hahaha

Just nak remind my self and others, hebat mana diri kita ni please jangan mendabik dada. Ada masa kita di atas & ada ketika akan berada di bawah. Semasa kita di atas, kita lihat orang yg berada di bawah. Aku mmg tak boleh nak jadi poyo / berlagak pandai bcz aku mmg tak pandai sgt pun (elok mengaku)  kih3 so ape yang hado... layansss... Aku suka tgk org yg humble & down to earth. Aku respek org cmni.

Okaylah got to go, sambung kerja. Babai you all. muahhhh ciked. kih3

Yes! I'm totally agree with this. 



Friday, March 27, 2015

I'm just being Me.

Assalamualaikum & Alhamdulillah. It's a good start for today.

Imma happy kids! Bila dapat beli buku baru, mulalah tak sabar nak baca. hihi




















Yeay! This book is something I must have bcz Mat Lutfi one of my Feveret  blogger which are always Positive & funny. Hahaha

Today bukan nak story pasal aku dah dapat beli buku Mat Lutfi ni. hehehe

Tapi hari ni just nak berbual kosong. Ewahh gituw. For those yg sudi baca blog ni Terima Kasih.
OH, Balik lunch tadi sempat masak Nasi Ayam Hainan, dgn bangganya menjadi pulak. HAHAHA
Mungkin sebab masak dengan penuh kasih sayang. hehehe Selama ni pun masak jugak tp kekdahnya aku ni tak terer bab2 memasak ni. But this time jadilah pulak. hahaha
Hubby siap cakap nasi ayam tu cantik & sedap (Thanks Hubby), resepi google & resepi tu dari blog http://mamiairis.blogspot.com/2014/01/resepi-nasi-ayam-hainan.html .
So siapa yg teringin nak buat sendiri boleh cekidot resepi dia. Senang nak paham! hehehe

Okaylah, esok dah berhujung minggu. So make sure you all penuhkan dengan aktiviti bermanfaat.
Aku pun banyak menda nak setel weekends ni. Busy mummy + superwoman memang banyak aktiviti. hehehe poyola pulak kannn. Lega bcz half or preparation for Afeefa 1st birthday party dah setel. Well, I want everything perfect on that day bcz 1st time nak buat majlis utk Afeefa. hehehe
Can't wait bcz nanti all of my good friends will be there & bolehlah gossip2 kih3


Okay got to go. Have a nice weekends! xoxo










Wednesday, March 25, 2015

Buku dan kedamaian.

Assalamualaikum,

Selamat berhari rabu. keh3 Moga hidup cerialah hendaknya.

Pagi ni baru nak topup stok buku, tak puas hati ni kalau tak dapat membaca.
Boleh dikatakan membaca buku ni adalah salah satu hobi yang paling aku gemar.
Agak klise kan bila dengar orang tanya hobi kau ape? hobi aku membaca buku. hahaha
Eh, dari membacalah kita dapat pelbagai ilmu & kepuasan membaca tu errr tak boleh digambarkan.

Sekarang ni, dah banyak genre buku. Tak kisahlah dari sudut keagamaan, kesihatan atau novel cinta dan indie. Makanya , banyak pilihan nak beli. Aku berangan kalaulah one day aku ade rumah sendiri, wajib ade satu bilik khas atau ruang untuk buku-buku. Kiranya buat sudut membaca & nak ajak Pipa join membaca. hehehe kan comel tu. Dari dia mengadap tab ke henpon yg takde faedah sgt.

Sekarang ni , aku baru nak buat koleksi novel seram. hehehe Sampai hubby aku pun pelik tgk aku latety obses baca novel seram. hahaha Hurmm ade 1 novel Ahadiat Akashah yg aku nak beli tapi takde stok. =_= hope adelah stok kalau pg mana-mana kedai buku. Dia salah satu penulis novel yg terbaik. Jalan cerita tak pernah tak best hehehe

Okay lah. Got to go. nak shopping buku online! yg penting buku MatLutfi aku dah beli. Hahaha
Pueh hati den ni hahh... HAVE A NICE DAY ALL! XOXO

kalau dapat sudut membaca cmni, mmg tak keluar rumah dah. kih3 









Friday, March 20, 2015

Fuhhhh fuhhhh

Assalamualaikum,
it's a good friday.
Alhamdulillah.

Petang after works nak balik hometown! hiks 
Setelah sekian lama busy & now baru boleh balik.
Okay today what I'm gonna share is about facebook.

Yup, ramai yg ade facebook, twitter and so on lah.
For me, it's up to you guys nak guna laman sosial tu mcm mana.
Just please jgn guna ke arah keburukan.
Sometimes bila ade video tak senonoh or gambar yg tak elok menda cmtu akan jadi viral.
Ashamed on you lah bila dah jadi cmtu.

Andddd honestly, aku pun lama gila tak update status kt wall facebook aku.
bcz whyyyy?! i've got nothing to says.
takdelah. Macam errr hambar rasanya bila umur nak masuk 28 this year (ahh tua dah okay)
 & nak tulis status panjang2 ayat or emo2 ke. It's just not me anymore.
Yeahh dulu lain, mcm errr 'bangang' jugaklah diriku ini hahaha bcz tulis mcm2 kt facebook.
Sometimes tulis bukan sebab Emo or ape, sekadar suka-suka and nak bgtahu kita happy ke sedih ke.
Tapi orang yg tak paham & wonder why. apekehei cik kak ni tulis ek?!!.
mcm bunyik cengkerik kalau baca balik. krikkk krikkk krikkk...
Yeah and I feels bad bcz nanti menda tu tulis takde ape akan tetapi 
jadi gaduh bcz of some of my friends / my family yg dalam facebook 
tu tak paham ape status yg aku tulis kat facebook.
End up kena explain bla..bla..bla... and kadang it turns bad. 
Sbb ade yang akan bagi pendapat cmni, sorang cmtu. kah3

So, bila dalam facebook aku ade family & kawan2. Banyak hati aku nak kena jaga.
Even camne kita terasa hati ker.
Stop tulis status emo2. itu jelah aku buat.
Lagi kita update status Emo or sebaliknya orang akan tanya or tertanya-tanya.
"Dia ni ade probs dgn aku ker" even menda tu takde ape pun dgn org tu.
hehehe Actually kalau tak naik status aku akan dapat satu ketenangan di hati. 

Ohh yes, kt facebook aku cuma share gambar2 dari Instagram. 
So sorry for spamming. kih3 Banyak gambar Pipa kot dalam tu.
So nak tgk gambar follow my ig. 
Request dulu baru aku approve. Sorry I won't approve somebody that I don't know.

If.... if you read this. Tak kira la sape baca this artikel.
Do not worry, this is not about other peoples. This is just about me.
Actually mana yg baik diguna pakai.
Yg tak elok janganlah buat. simple as that! 

So far, aku kalau nak tulis panjang2. Dalam blog ni jelah.
And all of you guys can read it.
Last but not least, I have nothing to IMPRESS. hehe
No hesitate! Thank you. Muahhhh Xoxo