Showing posts with label INTAN PASTORE. Show all posts
Showing posts with label INTAN PASTORE. Show all posts

Friday, August 19, 2016

Mudahnya dgn app Blogger ni!

Yeahhh mcm boleh bernafas balik bila dapat kembali berblogger. 😂 Setelah sekian lama tak menulis, berkongsi cerita suka duka, cerita percutian dan lain-lain.

Tahu app blogger ni pun dari cik Yatt... Nak download tapi memory pulak tak cukup. Ahaa ni dah cukup, hari-hari aku boleh update.

Actually,  banyak sangat nak tulis. Tapi takpe kita warm up dulu dengan cerita yang tak berapa bosan. Kaedahnya tak bosan laa sgt! Hahaha

Siapa yang tanya aku sekarang keje mana, dgn bangganya aku nak bgtahu aku masih surirumah sepenuh masa & buat bisnes online kecil-kecilan. 😉👍

Masih gembira di rumah sbb layan cikPa 24/7 tanpa jemu. Harus diakui cikpa pun dah semakin montel bila duduk rumah dgn mmy nya ni. Hahaha so, mmynya pun sama naik je gebus juga. Tapi takpe tu tanda mensyukuri nikmat Allah bagi.

Okay jangan lupa baca coretan hari esok! Coretan bukan carutan, dah jadi mak bdk ni carutan dah dikurangkan. Hahahaa

Sincerely,
Mummy Afeefa.
Xoxoxo

Tuesday, August 25, 2015

Being a fulltime housewife!

Assalamualaikum & good day everyone!

Bersarang blog ini untuk seketika sebabnya ketiadaan laptop juga line internet yang laju.
Apakan daya, tapi kena sentiasa bersyukur kepada Allah kerana masih 
diberi nyawa untuk berbakti kepada keluarga.
Minggu-minggu menjadi seorang surirumah adalah saat menggembirakan kerana 24/7 dapat jaga si bambam Pipa hehehe

Tapi masih menanti jawapan panggilan temuduga serta temuduga yang sesuai untuk diri ini.
Semoga ada rezeki dan sinar harapan buat diri sendiri. ahaks.
Sebenarnya, kagum dengan mana-mana mummys yang jd fulltime housewife.
Jangan kata yang tinggal dirumah itu duduk goyang kaki sambil menonton drama sinetron!
Anda silap!! kecuali surirumah jenis kepoci/pemalas mungkin sebegitu.
Aku yang tinggal di rumah ni, macam-macam kerja wajib buat.
Jaga anak 24/7, memasak, mengemas, menulis dan lain-lain la...

okay lah, actually aku tulis blog harini pun kat cc. 
Kebetulan hubby ku off day, so dia boleh jaga Pipa.

Good luck utk diri sendiri & moga artikel ku diterima.
100% original. In sha Allah.
Usaha, doa & tawakal.

Amin.

Tuesday, June 16, 2015

My tips of happiness.



Throwback short gateaway with Salmah Family.

Assalamualaikum & Hi all,

Hari ni saja2 nak throwback short gateaway last year. Masa ni Mama, abah, adik dtg bercuti kt rumah aku, sbb aku dah janji nak bwk adik pergi Aquaria Klcc & jalan2 sekitar Klcc. Then bawak dorang round bando kolumpo tu..hahaha gituww... Yela sian dia tak pernah sampai lagi Klcc katanya, keh3 bebudak kan.. dia punya excited seronok aku tgk! 

So, aku pun dah siap beli online ticket utk Aquaria sbb mesti ramai yg beratur nanti dlm tu. Aku suka camni, aku survey dulu tempat2 nak pergi tu & kalau ade jual ticket online tu aku akan beli terus. hehehe and yess, masa kami sampai je Aquaria tu mmg ramai yang beratur. kah3 kiteorg dah beli siap2 so jalan terus ke depan kat kaunter khas then amek ticket & terus je masuk dalam. Dalam aquaria tu mcm2 jenis ikan ado, dari kecik sampai beso dari size kita pun ade. hahaha ngeri jugak tgk beso2 cmtu especially ikan jerung. Okay meh layan gambar kat bawah ni. hihihi 

Ni masa siap-siap nak berjalan. hehe 

Ni mase tgh berjalan nak ke aquaria, jauh lak parking kereta. Fuhhh penat jalan.
Tapi tetap excited, lagi2 si Faris farhan tu. hahaha

Faris Farhan bergambar kt akuarium piranha hehehe
ni mase baru masuk dalam aquaria. 

ni ikan comel2 jek.

yg ni pun, tah speasis ape. aku pun dh lupa. comel2 jek.

haaa..yg ni dah size large. ni boleh buat stok lauk utk sebulan. hahaha


tgk suami aku terkojut ikan jerung tetiba kt dpn tu kah3


haaa hamek kau... sekali lalu Ikan pari besaq gilaa.. buat asam podas sekampung boleh makan haha


seram maks... hahaha risau pecah jer kaca kt belakang tu. 

kwang3 suka tgk jellyfish ni comel sgt... nak bela sekor rasenya. 

At last, adik Faris sampai jugak KLCC. hahahaha 
kat Pahang xde Klcc so kita bwk la dia berjalan cni.

Tgk muka tu, dpt main games pulak. suka sgt dia. keh3


Bwk Mama jumpa Mama. hehehe 

Then dah habes sehari merayap kat bando Kolumpo, esoknya aku bawak adik, mama & abah pergi jalan2 Shah Alam pulak. Sebenarnya nak pergi beli kain kat Jakel tu hahaha
Then, dah beli kain kat Jakel. We ols jalan2 kat Setia city Mall sbb nak belanja mama makan (suprise nak sambut bufday Mama) hehehe sambut awal sbb nanti tak dapat balik Pahang.




Lucky day, kiteorg terserempak dgn goal keeper kesukaan mereka. ahaks..
ape lagi bergambo laa sekali... 


makan, rehat & rilekkk... ahaa gituww hehehe Pipa manja ng aki.


Okay tu jelah nak dikongsikan, actually aku yang ajak Mama, abah & adik bercuti bcz mama busy keje. So adik kat rumah mase cuti sekolah tu & dia pun takde pegi mana2.
 So ape salahnya kak ngah ni belanja dia. Bukan selalu pun dpt jumpa & jalan2 camni. 
Aku pun tak tau nak balas budi Mama & Abah camna so bwk dorg jalan2 jela.
hehehe Kebetulan hubby aku off day, so bolehlaa jalan sekali. 
InsyaAllah nanti nak bawak Mama & ayah pulak berjalan ke Kuantan , Pahang.

P/s: Keluarga tu penting. Susah senang bersama. 





















Monday, June 15, 2015

Ramadhan & Selamat tinggal kerja ku.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, lagi 3hari kita akan berpuasa. Ramadhan dtg lagi!
Semoga lebih beristiqamah & boleh beribadah dengan tenang.

Bulan ni bulan yg terakhir aku bertugas di Hikmah Channel. 3 tahun berkhidmat & lepas ni aku akan mencari sinar baru di tempat lain. Banyak suka duka masa di Hikmah Channel ni. Btw for those yg sukakan ceramah agama boleh tonton Hikmah Channel di saluran 113 HyppTV Unifi. and boleh like fb page : https://www.facebook.com/hikmahchannel?fref=ts
(mesti rindu naik tangga pagi2 & laptop merah ku itu) ahakss...Lepas ni payah la nak update blog, kena beli laa notebook kecik senang nak update aku buat ape. kih3

Apa-apa keputusan yg aku buat dalam hidup ni, aku pasti & yakin ada hikmah disebaliknya.
Selalunya mcm tulah... Rezeki kita kena usaha, kalau tak usaha. Tak boleh nak berjaya.
Move on  gituww... Apa-apa pun aku akan tetap tlg hubby utk kukuhkan ekonomi rumahtangga kami.
Apa yang ade aku terima seadanya. hehehe

Okay lah gtg all.

Last but not least, Thank you kepada Abg Sam (CEO) , Thoriq (COO) and all Hikmah Channel staffs, HyppTV media team especially Sheila & Cyber Team.

Segala jasa baik & kenangan tidak akan dilupakan & sekiranya terdapat sebarang kekhilafan, salah faham, terkasar bahasa, mohon keampunan dari Saya Intan Shafiqa Kamarudin. Mucho Graciasss... Moga Hikmah Channel sentiasa maju jaya!!!
Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat kalian semua. 


Last Photoshoot with Hikmah Channel Team.










Monday, May 25, 2015

Hey! Isnin lah.


Assalamualaikum & Hi all,

Selamat berhari isnin & selamat bekerja hiks.
Cik Pipa (my baby girl) demam pulak hari ni, but still pergi taska.
If suhu tinggi aku dah minta kakak taska inform & nak bawa pg klinik.
bcz skang suhu dia baru 37.
Hope anak Mummy kebah cepat.
Demam nak boleh berjalan kot sbb hari ni dah genap Pipa setahun sebulan.
Alhamdulillah.

Last weekends, aku dah keluar pergi beli baju raya.
hahaha awal kan?!
Beli awal sebab aku tak nak bersesak di kemudian hari,
lepas tu, aku malas dah nak pikir baju ape nak beli.
Kira tahun ni persiapan raya nak setel awal.
Lagipun ade anak kecik susah kalau nak bershopping bawak stroller if org ramai,
aku ni tak suka serabut & nanti tak boleh memilih baju.
Dah beli awal2 ni siap leh survey banyak kedai & boleh try dlm fitting room tanpa menunggu org.
ahakss...Perancangan awal gituww,,,

Yahooo dh dapat sepasang baju! done.
Baju Pipa jer payah jumpa, takpelah baju Pipa abi belanja.
kih3 anak kesayangan Abi, haruslah abi yg belikan. ahaks
Dah setel shopping kat Shah Alam, aku ng adik aku pergi Setia city Mall.
kiteorg jalan2 & cuci mata je.
Pastu nak turun level P1, kiteorg terkurung dlm liff.. hahaha
Nasib baik lampu xblackout & xlama kemudian pintu pun terbukak.
fobia jap aku tgk liff hahaha cisss 

Lagi 3 weeks kan kita nak start ramadhan.
Ya Allah, xsbr nak puasa.
Bulan paling dinantikan tu.
Moga selalu beristiqamah & hope dihindar dari sebarang perkara tidak elok.
Moga jaga adab sama-sama kita.

Bolehlahhh aku diet lepasni. kih3 perut asek lapor memanjang.
Nasib baik suami pun layan makan sekali. ahaks
Sama-sama sado gituww... sado tang lemak ah!! 


Wednesday, May 20, 2015

Part 2: Langkawi 2015 (AzimMjFamilyOnVacation & OurAnniversary)


Okay, aku nak sambung story pasal bercuti. hiks... 
Sape2 nak pergi boleh laa tgk & plan elok2 ea....
So, jom tgk gambar2 kat bawah ni : 

ni area depan bilik kami, Ada meja nak bersantai. ahaks -The Cabin, Pantai Cenang-


ni pulak panorama malam The Cabin. Cantik!



ni dalam kawasan Oriental Village.


Dah sampai atas hujan & sejuk, so pakaikan cardigan utk Pipa. 
p/s: for those ade anak kecik standby la cardigan


Hubby tlg beratur sbb kami berdua berteduh dari hujan -Langkawi Cable Car-


Balik dari Pantai Kok, singgah pekena pasemboq & laksa kedah di tepi pantai.
dekat ng airport. Tp hubby ckp kureng kaw laksa dia. ahaks



Hari ke 3, petang tu melepak tepi pantai & main air. 
Pipa cm besela geli ng pasir pantai.
errrr... sabau jelah -Pantai Cenang-


Ramai pulak kt Pantai Cenang tunggu sunset. -Pantai Cenang-

Myvi sewa. Save minyak & bajet hahaha comey jer kan. -Pantai Kok-

Dinner di area Pantai Cenang : makan kerabu sotong,tomyam seafood, kailan ikan masin & ikan jenahak bakar. Air sirap bandung & jus tembikai total RM92. 
Ikan bakar tu seyes sedappppp!!! Tomyam pun sedap. puas hati. hihi

Muka happy Pipa bila dapat makan, suh makan sendiri br tak kacau Mmy & abi makan. kih3

Nak try naik ni tp next time laa, sbb br tgk harga dia boleh tahan jgk.
Next time dtg nak try & sediakan bajet secukupnya. 
Walaupun gayat tp tetap nak cuba!


Cantik! Kalau aku byk duit ni dah boleh naik kapal layar. sewa sebiji hihik -Pantai Kok-


Welfie bertiga, Alhamdulillah we are happy together. -Pantai kok-



Intan Afeefa binti Muhamad Azim. 1 year old baby girl.



Flight delay, makanya aktiviti Pipa ialah menjerit, makan, kacau abi dia & mummy. 
-Langkawi International Airport-


P/s: Next vacation ke mana pulak... kita tungguuuuu.
Okay good bye for now.
See you next artikel.
Have a nice day!
xxxxxxxx
-Baru balik meeting sempat update blog- ahaks.