Tuesday, May 19, 2015

Part 1: Langkawi 2015 (AzimMjFamilyOnVacation & OurAnniversary)

Assalamualaikum & Hi all,


Just nak share percutian kami bertiga ke Pulau Langkawi 2015.

Tarikh pergi sana: 7.05.2015 - 10.05.2015
Hari yg kami pergi: Thursday - Sunday
Chalet kami stay: The Cabin, Pantai Cenang, Langkawi.
Car Rental : Myvi RM200 (4days) amek pakej kereta sewa dalam airport je hiks

Day 1

Kami punya flight 7hb tu pagi pukul 11.10am, Alhamdulillah flight tak delay & sampai pun awal.
Masa sampai airport Langkawi hujan gerimis (hujan tak lebat) , so mase nak landed baru berani nak tgk tingkap sbb aku mmg gayat. hiks ampun!! aku pegang kuat jela si Pipa mase dalam flight. Masa dah sampai tengok permandangan dari tingkap Subhanallah, Allahuakbar. Cantik sangat permandangan. Then pergi kaunter kereta sewa, ahaa abang tu offer baik punya. So deal lah amek Myvi auto. hahaha lepas tu baru check in The Cabin. 10minit je dari airport then excited tengok sebab tgk bilik cantik, kawasan pun bersih. fuhhhh tarik napas dalam2 teruja! Thanks to Kak Nora sbb dia tlg booked the cabin utk kami & suggest nice place to stay. hehehe
ohhh chalet kiteorg belakang Pantai Cenang jer ahaks.. 2minit jalan kaki dah sampai. kih3

Day 2

Okay hari kedua kiteorg pergi naik cable car, otw nak ke sana lalu Pantai Kok. Perghhh cantiknya.
So balik dari cable car baru dah plan nak lepak tepi pantai Kok. Walaupun aku ni gayat tahap gaban tapi gagahkan diri naik cable car. ahaks Bergerak je cable car tu, aku dah cuak pastu diam xleh nak cakap apa-apa. Hubby dah riba si Pipa, nasib Pipa tak nanges dalam cable car tu, kalau dia nanges kompem kiteorg kalut. hihihi... So harga tiket sbb pergi weekday RM20 (adult) perperson total RM40 tunjuk mykad mykad. Baby tak payah bayar. hehehe ahaa ade kelainan naik cable car ade tayangan 3D... ekeke syok wooo 5minit kot dalam tu. Dulu masa aku pergi ng Papa tahun 2008 takde lagi 3D ni. haa sedih sketlaa sbb time naik cable car hujan lak atas gunung tu, tak nampak sangat laut selat Melaka sbb dah berkabus la pulak hee...

Day 3

Hari untuk shopping. lalala... takdelah shopping banyak. Beli cokelat pun tengok yang mana sedap & rare sket. Yg mahal kat K.l ni kita beli lah kat Langkawi. hehehe Pastu jalan2 Pekan Kuah, alahaiii hambar rasanya sebab kedai dah tak havoc cam dulu. hehehe takpelah kiteorg pusing2 jugak sebab dah alang2 sampai kan. Then decide shopping kat Cenang Mall & The Zone & Coco Valley Cenang jer. Sume tu dekat gila ng The Cabin. Jalan kaki sajjo. hehehe Tp sebab malas so naik kereta jugak. kah3 dah sewa kenalah bawak ek.Oh yes! malam tu kiteorg dinner ikan bakar kt Restoran Hj Ismail.
Sedappppp! Ikan Jenahak bakar...

Day 4

Last day, rasa tak nak balik. Tapi apakan daya kena balik jugak demi mencari sesuap nasi. hahaha
Kang nak pergi next vacation camne pulak kann... ahaks.. Flight dari pukul 4.50pm delay sampai 7.30pm... fuhhhh 3jam lepak kat airport. Nasib baik airport Langkawi selesa + ade wifi lak tu. kih3
Sambil2 tunggu flight delay, kiteorg makan jela...

Rindunya Pulau Langkawi. So kepada mereka yang teringin nak pergi tu better buatlah bajet bebetul bcz sana makan pun aku rasa agak mahal laa bg org yg tak berapa nak ade duit cm kiteorg ni. hahaha makan tghari kalau dua org makan lauk campur biase2 ng teh O ais pun dah RM20 kat sana. ahaks ke kami salah masuk kedai kot. Plan bebetul perjalanan & aktiviti nak buat di Langkawi. Ohh pastu yg perempuan kalau pergi pantan tak payah la nak berkasut tumit tinggi sangat. keh3 Payah nau tgk nak berjalan tu.

Layan gambar dari Phone aku jelah ek, yang lain sume nantilah upload. hiks

ni kat The Cabin, hubby & Pipa kt depan pintu masuk
Tu siang posing depan bilik kiteorg. Nyaman sekali! mcm kt Simpang Inn Bali.


Belakang The Cabin jer, jalan kaki dah sampai.


Di Oriental Village, nak naik kereta cable kat sini lah. hehe

Permandangan di kereta kabel.

Pantai Kok, Pulau Langkawi.





















No comments:

Post a Comment