Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Tuesday, June 16, 2015

Throwback short gateaway with Salmah Family.

Assalamualaikum & Hi all,

Hari ni saja2 nak throwback short gateaway last year. Masa ni Mama, abah, adik dtg bercuti kt rumah aku, sbb aku dah janji nak bwk adik pergi Aquaria Klcc & jalan2 sekitar Klcc. Then bawak dorang round bando kolumpo tu..hahaha gituww... Yela sian dia tak pernah sampai lagi Klcc katanya, keh3 bebudak kan.. dia punya excited seronok aku tgk! 

So, aku pun dah siap beli online ticket utk Aquaria sbb mesti ramai yg beratur nanti dlm tu. Aku suka camni, aku survey dulu tempat2 nak pergi tu & kalau ade jual ticket online tu aku akan beli terus. hehehe and yess, masa kami sampai je Aquaria tu mmg ramai yang beratur. kah3 kiteorg dah beli siap2 so jalan terus ke depan kat kaunter khas then amek ticket & terus je masuk dalam. Dalam aquaria tu mcm2 jenis ikan ado, dari kecik sampai beso dari size kita pun ade. hahaha ngeri jugak tgk beso2 cmtu especially ikan jerung. Okay meh layan gambar kat bawah ni. hihihi 

Ni masa siap-siap nak berjalan. hehe 

Ni mase tgh berjalan nak ke aquaria, jauh lak parking kereta. Fuhhh penat jalan.
Tapi tetap excited, lagi2 si Faris farhan tu. hahaha

Faris Farhan bergambar kt akuarium piranha hehehe
ni mase baru masuk dalam aquaria. 

ni ikan comel2 jek.

yg ni pun, tah speasis ape. aku pun dh lupa. comel2 jek.

haaa..yg ni dah size large. ni boleh buat stok lauk utk sebulan. hahaha


tgk suami aku terkojut ikan jerung tetiba kt dpn tu kah3


haaa hamek kau... sekali lalu Ikan pari besaq gilaa.. buat asam podas sekampung boleh makan haha


seram maks... hahaha risau pecah jer kaca kt belakang tu. 

kwang3 suka tgk jellyfish ni comel sgt... nak bela sekor rasenya. 

At last, adik Faris sampai jugak KLCC. hahahaha 
kat Pahang xde Klcc so kita bwk la dia berjalan cni.

Tgk muka tu, dpt main games pulak. suka sgt dia. keh3


Bwk Mama jumpa Mama. hehehe 

Then dah habes sehari merayap kat bando Kolumpo, esoknya aku bawak adik, mama & abah pergi jalan2 Shah Alam pulak. Sebenarnya nak pergi beli kain kat Jakel tu hahaha
Then, dah beli kain kat Jakel. We ols jalan2 kat Setia city Mall sbb nak belanja mama makan (suprise nak sambut bufday Mama) hehehe sambut awal sbb nanti tak dapat balik Pahang.




Lucky day, kiteorg terserempak dgn goal keeper kesukaan mereka. ahaks..
ape lagi bergambo laa sekali... 


makan, rehat & rilekkk... ahaa gituww hehehe Pipa manja ng aki.


Okay tu jelah nak dikongsikan, actually aku yang ajak Mama, abah & adik bercuti bcz mama busy keje. So adik kat rumah mase cuti sekolah tu & dia pun takde pegi mana2.
 So ape salahnya kak ngah ni belanja dia. Bukan selalu pun dpt jumpa & jalan2 camni. 
Aku pun tak tau nak balas budi Mama & Abah camna so bwk dorg jalan2 jela.
hehehe Kebetulan hubby aku off day, so bolehlaa jalan sekali. 
InsyaAllah nanti nak bawak Mama & ayah pulak berjalan ke Kuantan , Pahang.

P/s: Keluarga tu penting. Susah senang bersama. 





















Tuesday, May 19, 2015

Part 1: Langkawi 2015 (AzimMjFamilyOnVacation & OurAnniversary)

Assalamualaikum & Hi all,


Just nak share percutian kami bertiga ke Pulau Langkawi 2015.

Tarikh pergi sana: 7.05.2015 - 10.05.2015
Hari yg kami pergi: Thursday - Sunday
Chalet kami stay: The Cabin, Pantai Cenang, Langkawi.
Car Rental : Myvi RM200 (4days) amek pakej kereta sewa dalam airport je hiks

Day 1

Kami punya flight 7hb tu pagi pukul 11.10am, Alhamdulillah flight tak delay & sampai pun awal.
Masa sampai airport Langkawi hujan gerimis (hujan tak lebat) , so mase nak landed baru berani nak tgk tingkap sbb aku mmg gayat. hiks ampun!! aku pegang kuat jela si Pipa mase dalam flight. Masa dah sampai tengok permandangan dari tingkap Subhanallah, Allahuakbar. Cantik sangat permandangan. Then pergi kaunter kereta sewa, ahaa abang tu offer baik punya. So deal lah amek Myvi auto. hahaha lepas tu baru check in The Cabin. 10minit je dari airport then excited tengok sebab tgk bilik cantik, kawasan pun bersih. fuhhhh tarik napas dalam2 teruja! Thanks to Kak Nora sbb dia tlg booked the cabin utk kami & suggest nice place to stay. hehehe
ohhh chalet kiteorg belakang Pantai Cenang jer ahaks.. 2minit jalan kaki dah sampai. kih3

Day 2

Okay hari kedua kiteorg pergi naik cable car, otw nak ke sana lalu Pantai Kok. Perghhh cantiknya.
So balik dari cable car baru dah plan nak lepak tepi pantai Kok. Walaupun aku ni gayat tahap gaban tapi gagahkan diri naik cable car. ahaks Bergerak je cable car tu, aku dah cuak pastu diam xleh nak cakap apa-apa. Hubby dah riba si Pipa, nasib Pipa tak nanges dalam cable car tu, kalau dia nanges kompem kiteorg kalut. hihihi... So harga tiket sbb pergi weekday RM20 (adult) perperson total RM40 tunjuk mykad mykad. Baby tak payah bayar. hehehe ahaa ade kelainan naik cable car ade tayangan 3D... ekeke syok wooo 5minit kot dalam tu. Dulu masa aku pergi ng Papa tahun 2008 takde lagi 3D ni. haa sedih sketlaa sbb time naik cable car hujan lak atas gunung tu, tak nampak sangat laut selat Melaka sbb dah berkabus la pulak hee...

Day 3

Hari untuk shopping. lalala... takdelah shopping banyak. Beli cokelat pun tengok yang mana sedap & rare sket. Yg mahal kat K.l ni kita beli lah kat Langkawi. hehehe Pastu jalan2 Pekan Kuah, alahaiii hambar rasanya sebab kedai dah tak havoc cam dulu. hehehe takpelah kiteorg pusing2 jugak sebab dah alang2 sampai kan. Then decide shopping kat Cenang Mall & The Zone & Coco Valley Cenang jer. Sume tu dekat gila ng The Cabin. Jalan kaki sajjo. hehehe Tp sebab malas so naik kereta jugak. kah3 dah sewa kenalah bawak ek.Oh yes! malam tu kiteorg dinner ikan bakar kt Restoran Hj Ismail.
Sedappppp! Ikan Jenahak bakar...

Day 4

Last day, rasa tak nak balik. Tapi apakan daya kena balik jugak demi mencari sesuap nasi. hahaha
Kang nak pergi next vacation camne pulak kann... ahaks.. Flight dari pukul 4.50pm delay sampai 7.30pm... fuhhhh 3jam lepak kat airport. Nasib baik airport Langkawi selesa + ade wifi lak tu. kih3
Sambil2 tunggu flight delay, kiteorg makan jela...

Rindunya Pulau Langkawi. So kepada mereka yang teringin nak pergi tu better buatlah bajet bebetul bcz sana makan pun aku rasa agak mahal laa bg org yg tak berapa nak ade duit cm kiteorg ni. hahaha makan tghari kalau dua org makan lauk campur biase2 ng teh O ais pun dah RM20 kat sana. ahaks ke kami salah masuk kedai kot. Plan bebetul perjalanan & aktiviti nak buat di Langkawi. Ohh pastu yg perempuan kalau pergi pantan tak payah la nak berkasut tumit tinggi sangat. keh3 Payah nau tgk nak berjalan tu.

Layan gambar dari Phone aku jelah ek, yang lain sume nantilah upload. hiks

ni kat The Cabin, hubby & Pipa kt depan pintu masuk
Tu siang posing depan bilik kiteorg. Nyaman sekali! mcm kt Simpang Inn Bali.


Belakang The Cabin jer, jalan kaki dah sampai.


Di Oriental Village, nak naik kereta cable kat sini lah. hehe

Permandangan di kereta kabel.

Pantai Kok, Pulau Langkawi.





















Monday, April 27, 2015

PART 1 : INTAN AFEEFA FIRST BIRTHDAY PARTY

Assalamualaikum & hi all,

Khamis 23-04-2015 genaplah usia setahun anak kami Intan Afeefa binti Muhammad Azim.
So, kiteorg pun planning birthday party ni dari bulan 2 lagi dan check jadual Abi Pipa, sabtu dia off day. Alhamdulillah boleh buat Pipa punya celebration on weekend, iaitu 25-04-2015. hehehe Pipa potong cake lambat sehari jer.

At first, kiteorg tak nak buat birthday party ni bcz planning asal just nak celebrate mase vacation.
But then rasa cam tak bestlah pulak kalau tak buat. hehehe So Mmy & Abi Pipa pun buat preparation semua dari menu, cake, candy buffet, canopy & all decoration. Thank you so Much to Wan Pipa (Mama) sbb sudi masak menu utama malam tu. Abah selaku pembantu yang hebat, tlg susunkan meja sbb kiteorg susun tah apa-apa. hahaha Lepastu, my siblings Alonk, Abglong, Anes, Kerun & Faris yang bantu tiup belon, susun cookies, tampal sticker dlln. ahaks Jasa you all dikenang selalu!

Just nak share tips untuk birthday party ni:
1. Bajet : Bajet paling penting, enko kalau tak cukup bajet mmg tak payah buat. makan anak beranak je bertiga hahaha (nasib baik mmy & abi menyimpan sbb tau nak buat birthday party Pipa)

2. Pilih lokasi : if nak buat di rumah make sure kawasan rumah sesuai ke tak nak buat majlis. If tak sesuai & better lah cari restoran ke dewan kecil ke yg sesuai parking. (nasib baik rumah kawasan lapang, boleh pasang canopy hihi)

3. Menu : menu ikut keadaan dan theme party jugak, kalau boleh nak bagi tetamu semua kenyang makan. hehehe (menu party pipa setelah dibincang2 byk kali ialah Nasi tomato, opor daging, sayur acar, pulut kuning, bbq ayam dan sosej ayam & daging, buah tembikai dan apam polkadot)

4. Candy Buffet : actually ni utk kanak-kanak nak makan tapi kekdahnya boleh je mak bapak budak pun nak makan. hahaha sbb mmg utk tetamu. So korang boleh setup cantik2, kira jajan la lepas makan menu utama. (so utk bufday pipa, Mmy & bantuan mokde Pipa setup meja... Mmy dah beli jelly bean, walnut cookies from Alhumaira Cookies, apollo rokka, marsmallow lollipop, jelly summi & cake utk Pipa. Cake tempah di instagram : wisteriacake4u sgt berbaloi sedap dan cantik gila hehe)

5. Theme Party : nak lagi best terpulang utk korang la nak buat theme fairy tales ke apa... (Mmy Pipa google jek dulu tgk , pastu decide nak buat theme little Pony and pink purple gituww) so segala decoration pun pepandailah ikut theme ek. hehe Bunting tu Ayah uda tlg design & print hehe

Okaylah itu sajjo nak cerita, jom layan gambar. Ni gambar dari phone unty2 pipa bcz mmy punya henpon gmbr tak clear. kih3 yg clear dan cantik tu Iphone ek. kih3 Gambar dari camera Dslr akan dikongsikan kemudian. enjoy! hiks


Menu utama & little pony cake for my dearest Intan Afeefa
                         


Canopy for Afeefa turns 1 birthday party

Intan Afeefa candy buffet decoration. 


Bahagian air & buah.


Sesi memotong cake. hehe 


Ladies.


bila ada anak semua payah nak posing haha


Mummy love you forever Intan Afeefa


Family reunion at Intan Afeefa birthday party



Birthday girl dah comotkan dress. hehe 

Last but not least, thank you all for this lovely & sweet present.
Especially from My Family in law:
Atuk & Opah pipa
Makngah & pakngah family
Makngah Ayu & Ayah ngah 
Mak Jang & Pak Jang family
Ayah uda & pokcu dani
Mokcu

My beloved family :
Aki & Wan pipa
Maklong & Paklong
Mokde Anes
Pak ndok Kerun
Poksu Faris

Our Cousins & All friends yg dtg & bg hadiah. Sorry for not mention names. hiks
You know whou you are.

p/s: yg tak dapat datang & mendoakan Intan Afeefa it's okay & thank you for wishes.
Moga kita semua dirahmati & dalam lindungan Allah s.w.t