Saturday, February 12, 2011

Syurga di bawak telapak kaki Ibu!

Ape yg aku nak sampaikan hari ni hanya utk pesanan & ingatan utk diri sendiri...
Semua di dunia ni dilahirkan oleh seorang Ibu/ Emak/ Mama/ Umi/ apa shj panggilan anda utk mak anda.
Tapi aku hanya ada Mama di dunia ni!
9 bulan aku dibawanya dlm kandungan.
sehingga aku meningkat dewasa begini,
masih juga Mama yg menjaga tanpa jemu,
Sepanjang aku dibesarkan di dunia ni,
sudah bermacam dugaan & cabaran aku lihat Mama tempuhi.
Tapi Mama sebaliknya masih tabah & seakan tidak putus asa!
Ya Allah, aku kagum melihat Mama.
aku menangis mengenangkan apa yg Mama lalui.
sentiasa mendoakan setiap anak-anaknya berjaya di dunia & akhirat.
Tak pernah pilih kasih & membeza-bezakan anak-anaknya.
Aku tak mampu nak balas semua jasa Mama.
Berkat & kasih sayang Mama sgt bernilai.
Segala teguran & nasihat akan aku ingat selalu, walaupun kdg2 aku ni pelupa.

Aku hanya ingin berpesan, kepada sesiapa yg tidak menghargai kasih syg ibunya sendiri anda sebenarnya org yg sgt rugi!!!!!
Ingatlah, kenapa membenci org yg melahirkan kau?
sedangkan dia yg memberi susu & menjaga bagai nyawanya sendiri...
Jika tidak menghormati ibu sendiri apa gunanya hidup ini.
Kenapa perlu biarkan si ibu menangis sendirian?
Kenapa perlu berkasar dgn si ibu?
Kenapa tidak bertanya khabar dgn si ibu?
Jangan kerana harta di dunia, ibu seorang tidak diendahkan!
Ingat! Ingat! Ingat!
ALLAH s.w.t maha adil!
Kesenangan yg diberi mungkin boley ditarik serta merta!
bukankah syurga itu di bawah telapak kaki ibu?




No comments:

Post a Comment