Showing posts with label luahan makngah. Show all posts
Showing posts with label luahan makngah. Show all posts

Friday, August 19, 2016

Mudahnya dgn app Blogger ni!

Yeahhh mcm boleh bernafas balik bila dapat kembali berblogger. 😂 Setelah sekian lama tak menulis, berkongsi cerita suka duka, cerita percutian dan lain-lain.

Tahu app blogger ni pun dari cik Yatt... Nak download tapi memory pulak tak cukup. Ahaa ni dah cukup, hari-hari aku boleh update.

Actually,  banyak sangat nak tulis. Tapi takpe kita warm up dulu dengan cerita yang tak berapa bosan. Kaedahnya tak bosan laa sgt! Hahaha

Siapa yang tanya aku sekarang keje mana, dgn bangganya aku nak bgtahu aku masih surirumah sepenuh masa & buat bisnes online kecil-kecilan. 😉👍

Masih gembira di rumah sbb layan cikPa 24/7 tanpa jemu. Harus diakui cikpa pun dah semakin montel bila duduk rumah dgn mmy nya ni. Hahaha so, mmynya pun sama naik je gebus juga. Tapi takpe tu tanda mensyukuri nikmat Allah bagi.

Okay jangan lupa baca coretan hari esok! Coretan bukan carutan, dah jadi mak bdk ni carutan dah dikurangkan. Hahahaa

Sincerely,
Mummy Afeefa.
Xoxoxo

Monday, June 15, 2015

Ramadhan & Selamat tinggal kerja ku.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, lagi 3hari kita akan berpuasa. Ramadhan dtg lagi!
Semoga lebih beristiqamah & boleh beribadah dengan tenang.

Bulan ni bulan yg terakhir aku bertugas di Hikmah Channel. 3 tahun berkhidmat & lepas ni aku akan mencari sinar baru di tempat lain. Banyak suka duka masa di Hikmah Channel ni. Btw for those yg sukakan ceramah agama boleh tonton Hikmah Channel di saluran 113 HyppTV Unifi. and boleh like fb page : https://www.facebook.com/hikmahchannel?fref=ts
(mesti rindu naik tangga pagi2 & laptop merah ku itu) ahakss...Lepas ni payah la nak update blog, kena beli laa notebook kecik senang nak update aku buat ape. kih3

Apa-apa keputusan yg aku buat dalam hidup ni, aku pasti & yakin ada hikmah disebaliknya.
Selalunya mcm tulah... Rezeki kita kena usaha, kalau tak usaha. Tak boleh nak berjaya.
Move on  gituww... Apa-apa pun aku akan tetap tlg hubby utk kukuhkan ekonomi rumahtangga kami.
Apa yang ade aku terima seadanya. hehehe

Okay lah gtg all.

Last but not least, Thank you kepada Abg Sam (CEO) , Thoriq (COO) and all Hikmah Channel staffs, HyppTV media team especially Sheila & Cyber Team.

Segala jasa baik & kenangan tidak akan dilupakan & sekiranya terdapat sebarang kekhilafan, salah faham, terkasar bahasa, mohon keampunan dari Saya Intan Shafiqa Kamarudin. Mucho Graciasss... Moga Hikmah Channel sentiasa maju jaya!!!
Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat kalian semua. 


Last Photoshoot with Hikmah Channel Team.










Tuesday, June 2, 2015

Borak kosong.

Assalamualaikum & hi all,

Lately, banyak benda yang aku pikior & kena buat sesuatu dgn life sendiri.
Nak berjaya, kena berani untuk  melangkah lebih jauh ke depan. Yg pasti aku kena banyak berusaha.
So, untuk ketika ini keputusan besar telah diambil. Keputusan apekah itu? biarlah rahsia. kih3
Takde mood nak update blog. Tapi gigihkan diri jugak nak menulis sesuatu supaya apa yang berat kat dalam kepala hotak aku ni diringankan. Over tau!! ahaks...

Okaylah ni saja-saja nak storylaa... bcz semalam aku dgn hubby duk borak2 pasal zaman sekolah masing2. Actually mmg kiteorg suka flashback menda2 yg kelakor, kdg zaman kiteorg kenal dulu. kih3 Well, itulah rentetan hidup kita ni, semua ade sejarah hidup memasing. Yg penting amik iktibar dan pengajaran dari perkara yg dah lepas & hidup terus ke hadapan.

Next, nak sharing perkembangan cik Pipapipot. Our sweet clever little angel... hehehe Now, dah boleh jalan setapak dua tp lepas tu bila kita tegur dia duduk. adehhlaa anak mummy ni. keh3 Tp kita sebagai ibu bapa kena sabar tgk perkembangan anak kita. hikss... pastu yg over excited nya haruslaa mummy Pipa ni. Doakan yg terbaik untuk anak, moga Pipa jadi anak solehah & bijak.

Semoga lebih bersemangat menghadapi hari yang mendatang!






Monday, May 18, 2015

Manusia dan berubah.

Assalamualaikum & Hi all.

Alhamdulillah diberikan peluang untuk hidup dan bekerja mencari rezeki halal.

Hidup ini kadangkala tidak seindah yang kita sangka,
dan kadangkala tak susah yang kita jangka.
Maka, tabahlah melalui hari-hari yang mendatang.

Aku hidup tidak kejar pujian dunia,
cukuplah sekadar bersederhana.
Aku hidup bukan untuk menyenangkan nafsu semata,
moga masih ada Iman di dada.

aku mencari bahagia,
bahagia bersama keluarga.
Moga dijauhkan anasir jahat yang cuba menjatuhkannya.

-Tamat sajak-

Saja starting nak bersajak.
hahaha aduhh rasa mcm serius sibuk sejak dua menjak ni.
Sebenarnya kepala masih pusing sebab kesibukan kerja.
Mohon jangan annoyed dgn lagu auto play kt blog aku.
Tgh Obses layan lagu "Kun Anta"
Eh! aku memang gemar layan lagu Arab.
Amr diab & ade lg sorang penyanyi arab tu aku tak ingat nama.
Lagu arab best sbbnya aku akan imagine aku kat 
padang pasir pastu ade angin2 sepoi2 bahasa cmtu pastu sambil aku jalan sorang2
pastu tgh jalan tu nampak hubby aku dari jauh then lari2..ehhhh.
apekehei....hahaha over kann... 

Sekian untuk hari ni.
Masih tak berkesempatan nak update cerita percutian.
Maafkan saya.

Okay Tata.



Thursday, May 14, 2015

HECTIC WEEK

Assalamualaikum & Hi all.

Piuuuuuu, busynya! Rasa macam tak cukup tangan this week.
Tak sempat nak update blog & buat review pasal vacation.

Btw, jika ada kelapangan akan di Update hari esok.
Setelah semua kerja di submit.
Dugaan bekerja. kih3
huwarghhh I already miss gila babss Langkawi. 
T_T

Okay That all for today. ahaks.

Lovely day at Pantai Kok, Sunday -10May2015

Tuesday, May 5, 2015

GERAM

Assalamualaikum & Hi all,

Semoga hari ni kita bekerja dengan hati yg ikhlas & cerialah hendaknya.

Disebalik kita seronok tu, ade yang tengah bersedih sbb kehilangan ahli keluarga tersayang.
Kes yang dah viral sekarang ni, geng myvi club and membabitkan kehilangan 3 nyawa.
Seyesly bila aku tgk gambar arwah baby comel tu yg sebaya Pipa... sedih... bila memikirkan anak-anak arwah lagi 2orang tu aku sedih sbb mereka still perlukan kasih sayang mama n baba dorang kan.
I couldn't imagine that bcz even aku yang dah tua ni pun still cari mama aku. Ya Allah tabahkanlah hati anak2 itu.

Moga diberi tindakan seadilnya buat yang bersalah,di sebabkan myvi yg berlumba buathal... Myvi yg tak bersalah turut kena tempias okay. Aku ckp cmni sbb Aku ni dahla bawak Pipa pagi2 dah kena jeling ng kereta seblah. Haruslah aku naikkan seat Pipa bg dorang nampak ade baby dlm tu. gggrrrr... Pleaselah!! Tak pasal-pasal terasa paranoid bawak Myvi ... ini seyeslah weiii...dhla mampu pakai Myvi jek & mmg aku tak suka join club bagai ni. Motif beli kereta sbb senang nak balik kg, nak hantar anak, nak pergi kerja... kalo terlebih mampu aku pakai CRV baru tu. tu jela kereta idaman..kih3 orang size kemetot mmg suka bwk kete besau sket sbb senang nampak jalan. Bila dah jadi kes cmni haaa pengajaran okay! bawak kereta mohon semua berhemah, tak kira lah enkorang masuk club ke tak masuk tlglah jgn berlagak sgt.

Okaylah, cukuplah sampai di situ... ahaaa aku & hubby tgh counting days. ahaksss Vacation mood dah mulai membuak2... of coursela yg excitednya aku. hahaha Hope perjalanan kami selamat pergi & pulang. Takdelah jauh mana tapi plannya berbulan2 jugak, plan tu dari segi bajetlaa..hehehe Tak payah nak berangan sgt kalau takde duit nak merayap jejauh.

Alright All. Be Safe. Drive Safely. Don't race! 
INGATLAH ORANG TERSAYANG.



Monday, April 13, 2015

I AM OKAY!

I iS Okay ~

Aku ade satu perangai ni, 
kalau aku tak suka someone (kategori tak suka biasa-biasa jek ni) , 
aku payah nak tunjuk aku tak suka.
mean aku boleh lagi senyum & borak mcm biasa.
Maknanya aku takdelah membenci & aku boleh maafkan orang tu.

akan tetapi kalau aku benci gila. aku akan jadi mcm ni: 
aku payah nak pandang muka / aku akan mengelak / aku tak borak langsung.
So, enkorang tak payah risau kalau aku tak buat salah satu kt atas ni kt enkorang.
tu maknanya aku masih lg boleh hadap lg laa kalau aku still berborak.

Bg aku, hidup ni memang la kita jumpe mcm2 perangai manusia.
So pepandailah yer nak hadap camne.kih3

Tapi kalau aku okay je & takde masalah dengan seseorang itu aku akan jd mcmni:
aku layan baik / aku boleh borak & gelak sama2/ aku akan bergurau / aku ajak lepak ker.
Aku tak kisah pun borak pasal ape2 pun topik ke mtk tlg ke ape.
Segala bentuk pertolongan, Insha Allah aku akan cuba tolong.

So, ladies... I'm not hypocrite! I am Me.


No one is BORN HATING! ahaks gituw.