Wednesday, December 31, 2014

Hey Hooo Happy New Year!!

Yabeedaa beduuu...

Saje menghapdate entry blog ni di kala hujung tahun. 
okay, tahun ni telah dilalui dgn penuh cabaran & dugaan.
Paling teristimewa, Me dapat melahirkan seorang ank yg comel.
Syukur Alhamdulillah.

Dan yg paling sedih apabila kehilangan orang yg rapat di office, huhu
seyesly sunyi office bila arwah acik dh xde.
Me xtau nak borak + luahkan perasaan kt sape.
Ajal, maut, jodoh tu semua urusan Allah.

31.12.3014
Sekejap sgt rasanya tahun ni berlalu.
Anak mmy yg comel tu dah pun 8 bulan.
Bulan depan dah 9 bulan. (=_=)/ cepatnya laa haiii...

Tahun ni dugaan difitnah, dimengata & seangkatan dengannya,
tak lupa juga diperli2 tahap sampai menyakitkan hati.
Korang yg buat cmni jgn rasa diri tu dah sempurna sgt okay.
hahaha
Aku xdelah marah sgt tp kesian, mcm orang xde life.
Asyik nak ambil tahu hal diriku ini jer.
ternyata diriku begitu SPECIAL. ahaks. 
Well for your information , i'm living a peaceful life with my hubby & daughter.
So do not worry either i have a good life or not.

btw, semoga 2015 membawa sinar kegembiraan.
semoga tiada busuk hati sesama kita.
semoga kita hidup tanpa memikirkan orang lain punya hidup.
semoga kita dapat berbahagia.
tiada hasad dengki dlm hati.

Majukan diri masing-masing.
Majukan hidup masing-masing.
Terus terang aku ckp, aku xde masa nak amik port org mengata hal aku ke apa.
Then lagi 1, aku nak pg mana nak cuti mana,
Suka hati akulaa...
For those yg jeles ke apa tolong berambus. 

I AM FABULOUS. 

SINCERELY, MDM INTAN SHAFIQA KAMARUDIN



P/S: HAHAHA ORG LAIN SEMUA UCAP NEW YEAR MASE HUJUNG TAHUN, YG AKU BR NAK UPDATE BLOG SELEPAS DRAFT NI BERSARANG LEBIH DUA BULAN. KIH3
JGN MARAH ! MUAXXXX






Friday, December 5, 2014

Apa yg membuatkan aku bahagia...

Salam Jumaat ...

Apa yang membuatkan korang bahagia?
Harta, duit atau pangkat?
Bagi aku semua tu tak penting.
Aku bahagia bila bersama keluarga aku.
Aku, suami aku & anak aku harta paling bernilai dlm dunia ni.
Lagi, apa yang buat aku bahagia bila boleh buat Mama tersenyum.
Bukan mama je, tp seluruh keluarga aku including Umi, Mama hby, Abah, Papa & Ayah.
Kadang-kadang nak mencapai bahagia tu ade dugaan & cabaran.
Adatlah hidup sbg manusia ni tak lari dari dugaan.

Ehhh ayat nak puitis sangat ptg2 cmni. ahaks
Saje nak puitis sbb tadi br lepas call mama.
hehehe Tak sabar nak tunggu Mama ng Adik Faris bercuti kt rumah aku.
kih3 byk tmpt nak bwk dorg jalan.
InsyaAllah...

Apa-apa pun hidup mesti selalu bersyukur,
Hargailah org sekeliling kita,
once kita buat keluarga mcm musuh, 
mmg tak dpt rasa bahagia.

Aku sentiasa perbaiki diri dlm apa pun.
Kadang-kadang orang luar tak paham erti sebuah keluarga.
Mulut boleh cakap mcm-mcm.
Diam sudah, hidup jelah mcm biasa. 
Janganlah kita pulak nak masuk campur lebih2 hal keluarga orang.

Jangan mudah bersangka buruk.
Jangan mudah melatah.
Senyum.
Senyum.
Senyum.

P/s: year end sales kan. jom shopping! hat ni paling buat aku bahagia kot. HAHAHAHA
artikel aku kat atas saja propa. Jangan marah aaa.. 
Im sorry (buat mcm amir rajalawak) hahaha
gurau naa...




SELAMAT MEMBELI DAN BLAH. KAH3






Thursday, December 4, 2014

Taska oh Taska!

Assalamualaikum w.b.t,
Apa khabar mmy2 cun?

Syukur Alhamdulillah. Now dah penghujung tahun.
Pantas sgt masa ni berlalu.
Seyesly, byk suka duka tahun ni.
Kira yg lepas kita biarkan berlalu,
yg kita ni kenalah maju ke dpn.
Aku hidup bukan utk menyusahkan orang.
tu je prinsip hidup aku skg ni.
Orang susah hati tgk aku, itu aku xdpt nak tlg sbbnya tu korg punya pasal.
hahaha hauk jugak statement tu kan. 

Okay, nak story sesuatu yg buat aku geram minggu ni.

Aku kalau hal2 yg membabitkan ank aku.
Agak2 ikut baran aku ni habes kena maki org Taska tu.
Tp takpelah, aku xnak meroyan bukan2.
Dah jd mmy ni instinct pasal anak mmg kuat.
Korang rasa logik tak anak aku tidur dr pg sampai ptg?
mcm ank aku kena sumbat dadah pulak.
Lepas tu habes tuttt anak aku tu merah sampai melecet sbb tak tkr pampers.
dgn alasan ank aku tido pastu pampers dia kering.
Dah baby kalau tido , pengasuh taska tu xboleh pulak nak check pampers ke.
But then on monday aku seyesly dah tak sedap hati gila %$#@!!
yelah balik rumah tgk sume pampers yg aku bekalkn dlm bag tu x berguna langsung. tula aku tanya elok2 kt whatsapp mangkuk hayun ni ckp ank aku tido je smpai ptg.

Apa2 pun semua ni jadi ade hikmahnya.

At least, aku tau awal & Afeefa xdelah kena menda2 lg teruk yg mcm dlm video or apa2 yg mendtgkan kecederaan. 
Astagfirullahalazim... mintak jauhkan laa...
So, selasa baru ni aku terpaksa ambil cuti sbb nk survey taska baru.
Ada 1 taska yg kwn aku suggest. Dia ckp mmg okay.
Aku pun pegilah taska tersebut & slamber call pengasas taska.
Orgnya berbhs & lepas tu ptg jugak lah br dpt keputusan.
sbbnya taska tu limit utk baby. hehehe
Now, Afeefa syok laa taska baru dpt tido dlm babycot.
Ade aircond pulak tu hehehe.
Mmy will do anything for Afeefa.
Of cos, yg terbaik utk anak Mmy.
Taska lama tu bukan tak okay, 
cuma aku rasa pekerja taska tu ade sorg dua yg tak amanah. 

So, korg kalau rase tak sedap hati ke apa.

Percayalah instinct mmy tu betol.
Well aku takde maki hamun pun pengasuh taska lama tu.
Cuma aku whatsapp dorg, aku terkilan kerja tak amanah & aku mmg x redha sapa yg buat Afeefa cmtu..lg 1 aku pesan kt bdk tu, kt dunia boleh lah lepas.
Kat akhirat nanti aku nk jumpe kt pdg masyar.
Sedangkan aku ni jenis tiap kali hantar & ambil Afeefa.
Aku akan ucap terima kasih.
Aku senyum.
Walaupun.............. dorg tak senyum.
Padahal aku bayor okey tiap2 bulan.
Perghhhh 
7 bulan Afeefa kt taska tu.
Bila terkenangkan balik, Aku xleh imagine cmne Afeefa kt taska tu.

Mmy selalu doakan Afeefa selamat dunia & akhirat.

Mmy & Abi love you baby girl.





Monday, December 1, 2014







Janganlah kita berkata sesuatu yg buruk

tentang org lain jika tak tau kebenarannya.



Tuesday, November 25, 2014

Alonk.

Taraaa... hehehe
what's up guys!
okay posting utk hari ni nak story pasal kakak aku.
aku suka panggil alonk.
Ejaan asal along tu saje jdkan alonk bg ranggi sket.
kah3
suka hatilaa.. kakak aku, bukan kakak enkorang. 

Nama kakak aku Shafinaz Kamarudin.
Umur biarlah dirahsiakan.
Hobi pulak hahaha aku malas nak citerlaa dia punya hobi.
Cita-cita nak jadi peguam tapi skang HR kt company di JB.
ahhh gitus...
kira tu pengenalan serba sikit la. hahaha

Alonk ni dari segi karakter harusla tegas.
Yg sulung katenya!
tp kalau dia garang dulu pun aku ni jenis buat derk hahaha
kena marah pun aku selamber je ng dia.
Walaupun.... hahahaha (kiteorg je tau kenapa!) hahaha
Actually kalau dah nama adik beradik tu kdg2 ade la mase kecik hati la ape.
Tp tu dulu laa...
kiteorg panggil "berehat"!
ni dah lama jugak kiteorg tak "berehat" bcz masing2 dah jauh.
Dah ade family so rindu la pulak kalau jauh.
hahaha tu yang rajin whatsapp ng call.

Okeyla sekian. 
Hahaha minggu depan InsyaAllah jumpe alonk.
Nak suh dia masak asam podas. 
Tetamu yg kena masak.
Ade mak kisahhh hahaha tu kakak aku k.
Takpe alonk, nanti razin aku tlg jaga eh! eh!
hahaha k bye.

Wednesday, November 12, 2014

Tenangkan Bontot Anda! haha

Hai korang! yes korang yg gorjes & hidup secara aman damai.

I always keep remind my self to be positive to others. 
But somehow & sometimes I just can't. 
So to ignore bad peoples & this awkward feeling and stress.
I would love to release my self with music.
hahahaha tibe2 mood nak speaking.

hey hoy. Just nak share, since aku high school aku kelas Sastera.
Aku bukan budak bijak dari kelas sains haha tapi aku sangat suka akan sastera.
Maka dengan itu, aku suka baca novel, cerpen puitis, sajak dan music gamelan.
Aku punya koleksi sajak merapek yg aku coret.
aku simpan supaya anak aku akan baca satu hari nanti. hahaha
blog ni pun salah satu la tempat utk aku menulis.
mungkin dari segi tatabahasa mmg tak akan lulus punyalah. hahaha
Aku akan follow & suka membaca sesuatu lain dari lain.
Kalau dengar lagu pun, especially lagu melayu aku lebih suka genre mcm Zee Avi nyanyi.
Yuna, Fynn Jamal pun okey boleh layan.

This one memang memikat kati aku. ewahhh Tenangkan bontot anda. Unik. Style. 




Wednesday, November 5, 2014

Imma Happy Mummy.

What a wonderful feeling being a mummy to my sweet little pumpkin. -Intan Afeefa-
hehehe eceewahh speaking enko..
wonderful nya bila part nak shopping brg anaklah! kah3 honest aku cakap ni. kah3
Mummy ni kaki shopping. Dulu brg sendiri but now semua utk Afeefa...
Okey kita tak nak cerita pasal shopping. hehehe Mummy lain pn kaki shopping jgk kan?kan!

Actually nak story mory pasal Afeefa dah boleh mamam solid food.
Dah masuk 2 minggu dia try makan solid food.
Alhamdulillah Afeefa dah 6bulan & dah nak masuk 7 bulan xlama lg haa.
Seronok tgk dia dah boleh makan solid food.
Aku pun teruslah men'google resepi2 puri & bubur2 yang menarik.
Tapi aku buat ikut resepi sendiri jela hahaha Janji berkhasiat & sodap ye tak.

Selain itu, (ahaha skema sket)
Haa korang kalau ade keraguan pasal masalah anak ke ape. 
Aku suggest baca blog DR.Zubaidi. dlm tu banyak info pasal baby & ibu mengandung.
Kita jadi mummy kena banyakkan pembacaan tentang anak2. hehehe

Persediaan tu penting. Yela first time jadi mummy mmglah agak blur & info tu masih tak banyak.
So belilah buku2 ker google ke ape okey. Kena rajin jugak!!
Yg pasal BF baby pun penting jugak utk pembacaan. hehehe
So Mummy2 moga kita doa anak2 kita jadi anak yang baik2. 
kalau boleh hari2 cakap anak kita tu baik. Doa tu..doa seorang emak. heheh

Okaylah okaylah. banyak pulak posting entry utk harini. Choww...
Suka hatilah. kang kalau malas nak update mmg sunyi la blog ni hahaha
okaylah bye Mummy2 anggun menawan. muahhh sket. be happy!


 

I wonder How...I Wonder Why!


Friday, October 31, 2014

Wehuuu its Friday ppl's!! ahaks...

Teruk bebenor, kalau hari jumaat aku buat kerja cergas semcm.
Kalau isnin ke buat keje mata tu mcm ade buih2 kekaburan. hahaha

So today, sambil2 buat kerja aku pun melayan lagu2 kt you tube,
Aku suka dgr sape buat cover yg best. Contoh cam lagu Royals.
aku search kt you tube tu sape yg best cover layan sampai habes. hehehe
But then ade jugak yg fefeeling suara best, walhal suare so-so je nk buat jugak cover.
Syok sendiri la tuww...kah3
Seronok wey layan cover lagu kalau yg kreatif hehe...

So jom layan sket cover lagu kt bawah ni:








Have a nice weekends all!
Much Love.

Thursday, October 30, 2014

Lama tak membebel hahaha

Taraaaa tora dtg lagi hahaha... eshh
sori ler aku kebizian tahap maksima. Keje laa keje...
Line tenet pun agak slow so agak malas la nak update ape2.

Well mcm kejap je masa bcz ni dh end of October...pejam celik nanti dah tahun 2015.
Pssttt umur aku pun dah meningkat haa... hehe fyi, for entry kali ni nak ceritalah sket kan.
korang kalau diberi pilihan nak idup hati tak tenang sepanjang mase ke atau hati tenang..

Memanglah dlm hidup kite ni musti ade masalah. aku rase entry sebelum ni ade aku post cara2 nak jadi org positive. Ni mcm refresh baliklah bab tu. ewahhh bajet pakar motivasi. hahaha
yela enkorang nak ke hidup di dalam kesedihan 24/7..
perghh agak2 mental ke tak kalau hari2 sedih jek. Rilekkk ni aku citer psl diri aku k.
(kena explen bebetol, kang ade yg stalker blog ni baca mcm ade kena mengena dgn org lain atau manipulate ni sbg untuk api2 kan aku dgn org lain. aku malas ah nk hidup dlm kontrovesi kah3 bajet retiss) sume dlm ni psl hal aku jek la. puihhh

Alahh nak jadi positive boleh jek. Lucky me bcz hubby aku tu kepala gila2 jugak cm aku.
So kalau aku tgh down ke ape dia motivate aku dgn menda2 lawak. ehhh hahaha cm gitu!
Sebabnye sape2 yg rapat ng aku.. aku ni sbnrnye happy + kdg2 gila2...bukan gila noks...
Aku paling tak suka jd org lain semata2 nak bg org suka aku. Kau tak suka aku peduli ape.
Senanggg camtu... So aku akan kawan dgn org2 positive & bukan asek nk down 24/7.

come on lahhh weyy... hidup ni kalau penuh busuh hati, buruk sangka..berlawan2..jeles sana sini...
tak senang hati kan... so kekdah yg paling bagus adelah Jalanilah kehidupan korang dgn gembira dan berkasih sayang!

Kalau ade masalah kasi setel. Tak payah nk cepat touching. sebab tu aku ckp... kena jadi positive!!

ahh dahla.. aku rase aku ade masalah kuat makan. hahaha perut dah makin maju ke depan. hahaha
takpelah positive haaa... nanti aku senaman laa (senaman tido je byk) lalala

okey bye, hehehe senyum nampak gigi & lesum pipit kat pipi.



Thursday, September 25, 2014

being a mummy to Intan Afeefa.

helooo you all.

hikhik so topik hari ni nak share cmne bila 1st time jd mak budak ni.
kelakor sebenarnye sebab yelaa 1st time you all.
kita ni mmg before peknen jenis takot nk pegang baby.
Baby sape2 la mmg rase errr takotnya kita ni nak pegang baby.
Takot terjatuh ke ape. Anak org lak tu hahaha

Bila dah lahir ank sendiri. dgn blur2 tanya masa 1st time dlm labor room tu..
errr nurse cmne nk pegang baby sy ni. kih3 nasib nurse mmg baik hati.
hahaha jujur enko.. senang tanya je ape yg xtau.. hailaaa tp syok la lps dh reti je,
haa rase nak dukung sume2 baby yg ada kt dalam spital tu... ehh melampau...

hahaha ni lg kelakor la.. 1st time nk bawak Afeefa jalan2 lps habes pantang dlu.
duk pikior nak bawak ape kuor ni. baju byk mana, susu cmne lak nk bg. Pampers bape helai.
nak bawak beg ape.. mak aihhh hahahah pening tau kita time tu sbb rase cm sume brg Afeefa penting nak kena bawak walhal tak payah bawak semua pun takpe. kah3
hahaha tp lama2 menda tu kita leh handle sendiri!

Masa Afeefa demam pertama kali mummy Afeefa ni paling panik.
Tapi dapat jugak cool kan diri dengan menjaga Afeefa sampai dia sihat.
Afeefa 1st time demam masa nak masuk 5 bulan. laa ni dah 5 bulan dh dia. hihik
5 bulan ni kita dah paham dah Afeefa ni style cmne. Nanges kenapa & nak agah dia cmne.
dia badmood kenapa. dah boleh cam. hehehe

Btw Abi Afeefa pun pandai dah tukar lampin, mandikan pun & tlg jaga Afeefa.
heyy you all my hubby responsible tau + Afeefa kalau nampak abi terus tak layan mummy.
mentang la muka sama ng abi dia. hahaha tp tau plak kalau mummy kt dapur ke mencari mummy.
hahaha the power of mummy, hilang kejap dah rindu. kih3
Apa2 pun mummy akan ajar Afeefa cmna nak jadi independent cm mummy.
Manja2 jugak ng mummy & abi tp jadi independent tu wajib. I have my own reason.

tula bila dah jadi mummy & abi ni. Masing2 pikir hal anak jela. hehehe
Semuanya kiteorg nak yg terbaik utk Afeefa.
Alhamdulillah. kiteorg belajar camna nak didik anak.
Paling penting nak Afeefa cukup didikan agama, jd budi bahasa, peramah & sopan santun serta pandai bawa diri.

Lastly,
kalau nak happy dalam hidup berkeluarga ialah.......
APA YG PENTING KERJASAMA!! hehehe Sekian! love & hug.




Thursday, September 18, 2014

Resepi Oglio Olio Ayam (Mudah Sajjo)

hehehe rasenya ni 1st time Aku share resepi dlm blog.
Aku mmg peminat spaghetti. Tak kira jenis mmg aku ngappp sajjo! haha
eyy pelahap di situ chuolls...

Okay la aritu try buat oglio olio ayam sbb tak beli udang. hihi
Sedapppp sampai tak cukup hubby kita makan. ngeh3

Oglio Olio Ayam:

Bahan-bahannya:

Spaghetti (yang direbus dgn planta & garam secubit)
Ayam dipotong dadu (kuantiti secukup rase lah)
bawang putih 6 biji (dicincang halus)
Cendawan butang 6 biji (potong kecik2)
serbuk lada (aku gune yg dominos jek hehek) / if xde jugak cincang je cili kering halus2
serbuk oregano (ade jual kt tesco)
sedikit serbuk black pepper
butter utk menumis (sesudu pn cukup)
minyak zaiton / kalo xde minyak zaiton gune jela minyak bese hihi

Cara-caranya:

1. Rebus la dulu spaghetti tu sampai lembut & x melekat dgn satu sama lain.
    Tapis dan ketepikan.

2. Mula2 letak minyak masak/minyak zaiton & sedikit butter dalam kuali. pastu tunggu dah panas baru masuk bwang putih. Tumiskan sampai bau harum tp jangan hangus yer. hehe

3. Pastu masukkan ayam yang dipotong tu campak je dlm kuali (haa enko jgn ler campak lak, aku ni mmg suke gune ayat campak2 jek haha) dah agak masak ayam tu masukkn cendawan butang tu & masuk kan serbuk oregano tu & black pepper.

4. Lastly masukkan spaghetti & serbuk lada tu. serta korang perisakan la dgn garam sket kalo kurang masin. Haa serbuk lada kalo korang gune yg dominos tu boleh letak sepeket kecik tu habes. Kalau suka pedas laa.. hehe pastu gaul sebati & xyah lama sgt. Siap & Makan!!

SELAMAT MENCUBA. OKEY LAPARNYA! HIHI

Wednesday, September 10, 2014

Pemergian.

Pagi sangat dingin,
Rasa diri bagai ditiup angin,
Terpadam seperti lilin.

Khabaran sedih telah diterima,
Ke bilik mayat kami semua,
Menatap wajah yang sudah tiada.

Sekujur badan diam terpaku,
Menanti waktu tetap di situ,
Hanya doa iringi jasadmu.

Selesai segala persiapanmu,
Untuk berjumpa dengan Tuhanmu,
Pergilah dikau ke alam itu.

9/9/2014. 12Pm.

Al-Fatihah

Thursday, September 4, 2014

krikkk krikk krikkk




            Hari ni blog aku bunyi cengkerik jek. Krikkk krikkk krikkkk... Hahahahahah motipppppnya aku bengang ng internet arini oi!! Nak submit keje ni. 
Krikk krikkk krikkkk
Mcm suspen je kan hahahah
Padahel xde ape pung. Kah3 
Prank you all.

Tuesday, September 2, 2014

My blog is my journal

Assalamualaikum.

Yuhuuu seminggu kot tak hapdate pasal busy, pasal mls & pasal laptop hard disk rosak.
Mungkin ade yg baru baca blog ni or baru stalker blog ni. 
Just nk bgtahu blog ni mcm journal life aku ler. hehehe
Tapi kalau nak luah lebih2 ni baik luah dlm doa lepas solat je. 

Tp blog ni takde spesifik aku nak citer ape. hahaha sbb aku ni kdg2 mereng jgk.
suka hati je nak update ape2. kdg kalau aku marah ke ape,aku tulis je kt blog ni.
Jgn tulis menda yg racist dah ler kan. hihik 
Apa pun yg aku tulis dlm blog ni mahupun kt FB xde kena mengena ng org lain kecuali ade yg terasa.
hahahaha itu slh sendiri la kalau terasa kann kann...

Sambil-sambil ni aku nak story pasal life lepas kawen & ada anak ni.
Afeefa dah nak masuk 5 bulan tak lama lg. Syukur sgt membesar dlm keadaan baik ank aku yg comel tu. Pandai dah skang buat mcm2. hehek kecik2 pun pandai tu cerewet tak suka tempat panas. Over nak oi!hahaha tak sabar nak tgk ape perkembangan seterusnya. 
Yela mummy ni doakan yg terbaik sajjo. Abi dia pun sama. hihi

Haa dlm blog aku, aku tak pernah citer psl family in law aku. hehehe 
Whatever it is, aku syukur bcz dikurniakan keluarga mentuaku yg baik2 belaka. What I mean, kita ni kena pandai bawa diri. Yg lebih tua kita kena hormat & segala teguran aku ambil secara +ve dan ubah diri jadi lebih baik. hehe I feel so blessed ade kakak2 yg baik. Dorang pun jenis suka gurau2. So aku x pernah nak ambil hati kalau kiteorg gurau2.Then kalau kumpul rumah Mama tu part paling best bila mama (MIL) masak. hekkksss Aku suka tanya mama cmne msk itu ini. hihi pastu dh tanya lupa sbb tak salin resepi. kah3 Penting yer you all tanya resepi dr mak mertua. Sambal kelapa mama is my fev!! hehe okay itu je nak citer. 

Family is family. We will stick together no matter what. 

Oh btw, Selamat Hari Merdeka eventho dh lepas 2hari lalu. I am proud to be Malaysian.
Yeahhhh.. 


Thursday, August 21, 2014

CERITA HANTU

Petang-petang sebigini hakak nak cerita kisah misteri.
Bukan apa kalau asek posting psl tah apa-apa,
luahan hati ke menda tu bosan jugak. hahaha 

Okey tak nak merepek panjang-panjang.
Just nak share cerita misteri yg pernah hakak alami la.
Hantu. Korang takut ke hantu? hantu ni wujud ke cmne?
Jin ke syaitan hantu ni. haaa Apa korang bayangkan?

Hakak ni nak dikategorikan sbg penakut tu ehekk 50-50 la...
tak berani sgt, tak takut sgt. Depend on situation haha
Okay ni memula nak cerita pengalaman di rumah sewa lama.

PART1:

Masa ni kejadian berlaku masa hakak still bujang (tak kawen lg time ni tp dh tunang)
hahaha beria explen. So,masa tu nak dijadikan dpt rezeki kerja kat tempat baru. Hakak pun decide nak pindah dr rumah lama tu & menyewa la rumah br. Flat murah je memandangkan hakak nk stay sorg sementara waktu. Hakak pun mase tu bwk scooter nk pg keje ulang alik penat oi. Makcik hakak tlg carikan rumah & sebaris la dgn rumah makcik hakak. Senang apa-apa hal mmg ada dekat dgn dia je. hehe Bila dgr sewa mak oi murahnya, yela flat 2 bilik je. Hakak pun dengan gembiranya menyewala rumah tersebut. 

Lepas tu, dah setel pindah rumah flat tu. Malam tu hakak ni xdelah pikir rumah tu ade hantu ke ape sbb flat tu mcm comel je & bukan besar sgt pn ruang dlm rumah tu. Hakak nak takut apekan.. Mase tgh layan tv tu, hakak feel mcm ade org pandang hakak dr toilet. Toilet plak ng ruang tamu xde la jauh, pandang kiri dah boleh nampak toilet. keh3 okey pastu hakak rasa badan letih hangkut barang kot so masuk la bilik nak tido. Hakak ni dah biase gelapkan semua lampu rumah kalau nak tidur. So tanpa memikirkan perkara-perkara negative lain, hakak tutup semua lampu. haaaaaa gelap rumah.

Dah baca doa, dah tarik selimut. Hakak feel lg menda yg sama. Apesal ni td mengantuk nak mampos tp xboleh tidur & resah tiba2. tiba2 rase rimas mcm panas gila dlm bilik tu. Hakak dh pasang kipas tu no 3 dh. Hakak barula teringat pagi tadi mase mengemas rumah hakak tu, makcik hakak ng cousin hakak dtg la tlg mengemas n tgk rumah hakak. Makcik hakak jumpe paku kt tepi tingkap. Paku je takpela diknon oi.. Tapi paku ni panjang 3inci & karat & hujung paku tu dicucuk dgn bawang putih!!!!! henkorang rasa apekejadahnya paku tu cmtu kan. Yg hakak curious kt setiap tingkap rumah tu plak tu paku tu ade. Makcik hakak pn xtau tu paku ape so we ols campak ke luar jela paku tu. hahaha 

Pada pemikiran hakak la... gangguan mlm tu ade kena mengena ng paku tersebut...okey sambung balik mase nak tidur tu dah xselesa. hakak on lampu kecik dlm bilik & xleh blah. baca ayt kursi pn jd gagap2. Hakak pejam jgk mata dlm paksaan sampai satu tahap mcm ade menda sergah. Hakak bukak lampu bilik tidur, keluar bilik bukak lampu ruang tamu & capai kunci rumah kuar rumah pg rumah makcik hakak. hahaha hamek kauuu. Tak pernah2 cmtu weh. Meremang bulu roma xpyh cakapla. Mase kuar rumah tu pukul 2am okey!! dgn langkah yg laju & kelam kabut ketuk pintu rumah makcik hakak. Nasib la cousin2 hakak tu jenis tidur lambat. hahaha dah hakak tidur rumah dorg mlm tu. eh eh bukan mlm tu je!! seminggu oi hakak tidur sana. Hakak xleh blah nak masuk rumah tu pun rase seram.
Last2 mengadu kat tuan rumah & dia panggilkan ustaz untuk halau "menda alah" tersebut.
Ustaz tu bgtahu ade jin jahat stay situ. Wallahualam. Hakak mmg xnampak real tp hakak mmg feel menda tu & mase tu mimpi ade lembaga hitam berbulu berdiri kt tgh2 rumah sewa hakak tu mcm marah x kasi hakak masuk rumah tu.

lepas ustaz azan & baca surah2 doa apa semua. Hakak tgk jela dr luar rumah sbb nak masuk pn tak berani. Esoknya baru hakak beranikan diri stay rumah tu. Alhamdulillah lepas dr kejadian tu dah xde lg gangguan pelik-pelik. Tp mmg flat hakak tu seram jugak pasalnya hendon2 ni ramai bwk menda kot. Tah ritual apa dorg buat kt tangga & mcm2. Mmgla disukai oleh menda2 x elok ni dtg bertandang. huhurmmm...

ni baru citer Part 1, ade lagi cerita lain. Tunggu next post. hahaha =_=







Tuesday, August 19, 2014

Kaki Shopping.

Posting kali ini mmg dituju khas utk diri sendiri.
di mana, pada ketika ini dan pada tiap bulan,
muka ini suka shopping & shopping & shopping lg.

hahaha kdg rasa nak carut diri sendiri kenapa diri ini suka sgt shopping.
well, I think it is one of the therapy session for myself. hehek 
wanita cm hakak ni bukan apa, dah kerja & penat dik non.
So I need self reward.
Alaaa bukan guna duit org lain, guna duit sendiri.

Yg penting simpanan kena ade jugak okay. 
Since ade anak ni lagi!! semua utk Afeefa.

Okaylah. Banyak buku dah baca tentang jimat cermat.
Tapi non hado la hakak ni nak follow.
Yg penting you all ASB tu wajib simpan. 
Lepas tu shopping till drop.
hahahaha

OKEY BYE. Yg ikhlas lagi suka shopping. 

Monday, August 18, 2014

Tahu tak korang camna nak gembira?!

First of all,
hakak nak ajar cara-cara nak jadi gembira.
Korang jgn ingat makcik ni xde masalah.
Masalah tetap ade jek dik non.
Tp kita kena gembira la uols.
baru la muka ni sentiasa ceria & awet muda.

1. Buang buruk sangka terhadap org lain
2. Jangan busuk hati
3. Jangan dengki tgk org lain senang
4. Ni penting!! istigfar banyak2.

Konsep yg senang sebenarnya yg makcik amalkan.
Makcik  xde la nak jeles kalau org lain kaya ke lg cantik ke apa.
If kita nak lebih, kita kenalah usaha!
tak payah jeles2.
Tak bawa ke mana.
Last2 sakit hati sendiri.
hahahaha 
So, gembira jela. 
Cuba you all tarik napas & hembus perlahan2.
Pejam mata barang seminit.
Bayangkan kt tmpt tenang2.

okaylah mls nak membebel.
Monday blues hari ni hahaha 
Jom layan lagu fev makcik tahun ni!




Thursday, August 14, 2014

QUOTE

THE MOST IMPORTANT THING 
IS
TO ENJOY YOUR LIFE.
IT'S ALL THAT MATTERS.

BE HAPPY.
BE POSITIVE.
THE KEY OF SUCCESS.

Wednesday, August 13, 2014

FAMILY VACATION

Me & hubby planning setiap tahun kiteorg akan buat 2x / 3x family vacation
Kalau bab-bab cuti ni hakak mmg suka sgt haa.
Mmg hakak la carikan hotel & suggest nak pg mana.
bila dah ade anak ni, we ols nak cari tempat yg mesra keluarga.

Ada few places yg mmg teringin nak pg 
but then kena tunggu Afeefa umur setahun baru syok nak pegi. hihihi
yela time dia dah reti berjalan sendiri.
Takdela penat hakak nak dukung dia jer. ekeke

because we ols suka sgt pantai.
it should be vacation kat pantai jelah kan.
cuma pantai mana-mana , i am not decide yet.
yg dalam pemikiran aku sekarang ni:
1. Langkawi
2. Pulau Pangkor
3. Pulau Kapas
4. Cherating
5. Bali

Bali tu saje hakak letak last sekali sb teringin nak pg lagi sekali.
Dulu pg dgn mak long Fienaz. hamboi cuti yg paling tenang hakak rase dlm hidup hakak.
hahaha over tau!
btw,hakak tengah survey-survey lg ni utk next year.
disebabkan tahun ni busy dgn banyak hal.
so tahun dpn jela vacation.
hik hik hik 
nak kumpul bajet la dlu kannn. 
No money, no vacation!

ambil mood pantai kejap. shuuu shuuu (bunyik angin pantai) hehe








FORGIVING

Assalamualaikum w.b.t,

Just because You hate me,
I will give you Forgiveness,
Because forgiving you is my gift to you!
and 
Moving on is my gift to Myself.

Nothing to regret.
Keep Calm & be happy.

LOVE YOURSELF.
FORGIVE YOURSELF.


Tuesday, August 12, 2014

Keep Calm & kentut!

you all, Hakak nak habaq ni.
Kalau nak stalker blog hakak ni boleh jer.
Blog ni dari zaman hakak bujang lg dah wujud.
Pastu ade yg nak tiru ke ayat hakak? 
terpulang ler... hakak tau ayat hakak best hiks hiks
sejak post pasal fitnah tu rating meninggi plak.
hehehe 
Jaga-jaga hakak boleh dapat tau dari negeri mana pembaca blog hakak ni
sbb ade application yg membolehkan kita tau sapa yg baca.

Dahhhhh Tarik Napas & keep calm.
haa nampakkk (sebut cm abg SY eh) haha
Suami hakak tibe2 ajak hakak pg stay Paris.
haaa nampakkkkk (sebut cm abg SY sekali lg)
dia ckp apa jom kita pindah jauh2 takde org kacau kita.
Verangan jela Paris sane nak pindah.
Habis jauh kalau pindah Shah Alam, tak pun Damansara.
hahahaha

Oi dah lah, hakak nak pg keep calm.
hakak xde nak main isu-isu agama ni dik non semata nak nampak hakak mulia.
haa nampakkkk (sebut cm abg SY lagi) hahaha
eh korang menyampah eh.
okay hakak mintak maaf k.

Sekian, lets spread the love not hates!
End 
Kak nita sayanggg you all. haha boooo


Monday, August 11, 2014

Fitnah.

Aku tak tau nak luahkan mcm mana. 
Aku diam je bila aku difitnah oleh si polan ni.
Tapi di kala ini & sekarang ini!
Allah bagi aku satu kekuatan yg sangat kuat aku rasa,
malah aku boleh hadap orang yg fitnah aku dengan tenang.

Aku mcm nak tanya apa salah aku pd si polan ni?
aku kacau hidup kau ke?
aku ade susahkan kau ke?
aku ade mintak kau bg duit ke kat aku (clice sgt yg ni) haha

Untuk pengetahuan la, 
aku ni jenis berdikari, sebelum aku kahwin dgn suami aku lg.
Segala menda yg aku boleh buat, aku tak pernah nak sshkan org.
Since dah kahwin & aku preknen aku pg kerja pun mcm biasa.
Aku drive ke sana sini pg check up sendiri until kandungan aku 9bulan.
Aku ni cukup cerewet bab mengemas,
boleh kata aku lah yg suka alih2 perabot dlm rumah tu.
Kalau suami aku balik selalu mcm suprise dia tgk sume dah beralih.
Tapi masih...masih aku dengar org cakap yg aku ni 
suruh suami aku yg buat semua kerja rumah. 
Agak-agak la wey haha kau ingat suami aku tu bibik ke.
dan tak menjadi satu kesalahan pun kalau suami aku nak tlg.
alaa suami aku tlg ape jelah kt rumah tu. Dia pun dahla kerja shif.
Kerja 12jam & balik pun dah penat.
Aku rasalah kan si polan yg fitnah aku ni pasang cctv kot. 
Mcm dia nampak apa aku buat dlm rumah. haha
Ke dia jeles kot suami dia tak pernah tlg? 
suami dia mungkin goyang kaki je kan.
hahahaha

Lepas tu aku tak tahu mengapa & kenapa,
orang lain pun turut memboikot aku.
sedangkan aku tak buat apa-apa kt mereka ni.
mcm boikot barangan israel plak kan gituss.
aku ni dgn blur & tak tahu plak aku telah diperkatakan 
dan dicanang2 kisah buruk belakang aku.
aku pun dgn tulus ikhlas hati salam mereka.
Tapi takpe aku tetap steady!
dah tak payahlah aku rapat sgt.
aku pun sibuk dgn hal kehidupan aku yg best kt sini.
So baik aku menjalani kehidupan aku yg best ni dari
aku masam muka ng korang & si polan yg sebar fitnah hal aku.

Well , aku tak cakap aku ni mulia.
Seyes aku ni hanya insan biasa. 
Kdg aku ckp lepas tp habis kt situ jelah.
Aku tegur org mcm biase.
aku tak ganggu rumahtangga org lain pun.
aku hormat privacy org lain so aku end up buat fb baru.
Senang mcmni xde org sakit hati tgk aku happy,
Aku jd fobia jd peramah sb org tak suka aku ramah.
Habes aku dah mmg cmni suka bercakap haha
tp aku xdelah sampai tahap canang citer tah ape utk jd bahan benci 1 kampung
semata-mata untuk dipandang mulia.
itu bukan aku!!
aku happy go lucky.
aku tak suka kot sedih2 ni.

sape kenal aku tahulah aku mcm mana.
yg tak kenal aku tula yg sedap mulut ckp mcm mcm.
aku layan baik jer org sekeliling aku.
kalau aku tegur, dan terguris dgn teguran aku tu
aku mtk maaf. kan aku dh ckp aku diam bukan tanda benci.
aku diam utk tenangkan hati.
kdg bodoh ke ape dia ni, xreti2 lg nak paham.
hahaha
dah tak payahlah up up lg status fb minta simpati.
aku tak suka hidup ni penuh busuk hati.
Nak lawan-lawan sape lebih.
ehh bukan cara aku nak lawan sape hebat ni!!


Aku tak gentar walau aku dicaci
aku tak kisah hidup dikeji
kerna aku bukan meminta simpati
yang aku mahu hidup sendiri
biar hidup diRedhai

Mama ajar aku supaya berdikari
mama ajar aku supaya menghormati
mama ajar aku supaya berhati-hati

SEKIAN. TAMAT UTK HARI INI. 











Tuesday, August 5, 2014


Ikhlaskan hati dalam apa jua perbuatan!

Assalamualaikum & Selamat hari raya aidilfitri.

Huhu hari ni aku nak post pasal keikhlasan.
Apa makna ikhlas ni?
menurut kamus dewan edisi ke 4 :

Ar (dgn) hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura: dia menolong dgn ~, tidak mengharapkan apa-apa balasan; dgn ~ dgn suci hati; tulus ~ sangat jujur; mengikhlaskan memberikan (sesuatu) dgn ikhlas, merelakan: ~ baki hutangnya; keikhlasan kesucian hati, ketulusan: tujuannya ialah utk menduga ~ dan semangat pengorbanan rakyat negeri ini.

Okey dalam erti kata lain if ape pun kita buat tak kira la sama ada kita tolong orang 
atau orang minta bantuan daripada kita, kita cubalah tolong dengan ikhlas.
Kalau ikhlas ni kita tak perlu canang apa yang kita dah buat atau bagi.
haa cm gitu laa...
Ade sesetengah org yg kadang buat sesuatu sbb nak dipuji 
niat nak tolong dgn ikhlas tu dh jadi x ikhlas.
Macam nak tayang yg dia serba bagus dalam sesuatu hal.

Bagi aku kalo aku buat sesuatu aku diam2 sudey. hehe
peringatan utk diri sendiri supaya  xjadi poyo la plak kan... ekeke
menda lain nak poyo2 boleh la...
Kalau tlg family ke mak ayah ke ape kwn2 ke.
Biar Allah je tahu ape kita buat okey.
Diam2 sudeyy... 




Tuesday, July 22, 2014

Selamat...selamat berhari raya!

Assalamualaikum...
Cepat benor rase puasa tahun ni.
Eh! minggu ni last keje before cuti raya.
Excited nya lahaiiii...
 this year raya bertiga dgn Afeefa 
I'm a happy mummy.

So nak citer pasal persediaan raya.
tahun ni sume beskot beli jela. 
Then baju Afeefa yg lebih dr mummy.
Anything, everything for her!

okay dh setel sume keje opis, 
so jumaat 25hb ni boleh balik raya dgn hati dgn tenang.
yahooooooooo
xsbr nak jumpe mama & kumpul sume 1 family.

tp dalam kegembiraan ni, 
terasa sayu di hati.
aku rindu nak beraya cm dlu kt johor.
rindu kt arwah tokki jhr & nenek.
teringat suasana mase kt simpang renggam.
hurmm Al-fatihah utk arwah tokki & nenek.

Hargailah keluarga kita & sayangilah mereka selagi mereka masih ada.
Moga perjalanan kita semua pulang ke kampung selamat pergi dan pulang.

walaupun mcm awal tp nak ucap selamat hari raya aidilfitri.
Maaf zahir & batin. 

me love hubby & Afeefa.
2008 - rapat dgn hubby masa ramadhan & raya
tik
tok
tik 
tok
tik
2014 - 1st beraya dgn anak kami! hihik