Showing posts with label kepuasan. Show all posts
Showing posts with label kepuasan. Show all posts

Wednesday, May 20, 2015

Part 2: Langkawi 2015 (AzimMjFamilyOnVacation & OurAnniversary)


Okay, aku nak sambung story pasal bercuti. hiks... 
Sape2 nak pergi boleh laa tgk & plan elok2 ea....
So, jom tgk gambar2 kat bawah ni : 

ni area depan bilik kami, Ada meja nak bersantai. ahaks -The Cabin, Pantai Cenang-


ni pulak panorama malam The Cabin. Cantik!



ni dalam kawasan Oriental Village.


Dah sampai atas hujan & sejuk, so pakaikan cardigan utk Pipa. 
p/s: for those ade anak kecik standby la cardigan


Hubby tlg beratur sbb kami berdua berteduh dari hujan -Langkawi Cable Car-


Balik dari Pantai Kok, singgah pekena pasemboq & laksa kedah di tepi pantai.
dekat ng airport. Tp hubby ckp kureng kaw laksa dia. ahaks



Hari ke 3, petang tu melepak tepi pantai & main air. 
Pipa cm besela geli ng pasir pantai.
errrr... sabau jelah -Pantai Cenang-


Ramai pulak kt Pantai Cenang tunggu sunset. -Pantai Cenang-

Myvi sewa. Save minyak & bajet hahaha comey jer kan. -Pantai Kok-

Dinner di area Pantai Cenang : makan kerabu sotong,tomyam seafood, kailan ikan masin & ikan jenahak bakar. Air sirap bandung & jus tembikai total RM92. 
Ikan bakar tu seyes sedappppp!!! Tomyam pun sedap. puas hati. hihi

Muka happy Pipa bila dapat makan, suh makan sendiri br tak kacau Mmy & abi makan. kih3

Nak try naik ni tp next time laa, sbb br tgk harga dia boleh tahan jgk.
Next time dtg nak try & sediakan bajet secukupnya. 
Walaupun gayat tp tetap nak cuba!


Cantik! Kalau aku byk duit ni dah boleh naik kapal layar. sewa sebiji hihik -Pantai Kok-


Welfie bertiga, Alhamdulillah we are happy together. -Pantai kok-



Intan Afeefa binti Muhamad Azim. 1 year old baby girl.



Flight delay, makanya aktiviti Pipa ialah menjerit, makan, kacau abi dia & mummy. 
-Langkawi International Airport-


P/s: Next vacation ke mana pulak... kita tungguuuuu.
Okay good bye for now.
See you next artikel.
Have a nice day!
xxxxxxxx
-Baru balik meeting sempat update blog- ahaks.








Tuesday, May 19, 2015

Part 1: Langkawi 2015 (AzimMjFamilyOnVacation & OurAnniversary)

Assalamualaikum & Hi all,


Just nak share percutian kami bertiga ke Pulau Langkawi 2015.

Tarikh pergi sana: 7.05.2015 - 10.05.2015
Hari yg kami pergi: Thursday - Sunday
Chalet kami stay: The Cabin, Pantai Cenang, Langkawi.
Car Rental : Myvi RM200 (4days) amek pakej kereta sewa dalam airport je hiks

Day 1

Kami punya flight 7hb tu pagi pukul 11.10am, Alhamdulillah flight tak delay & sampai pun awal.
Masa sampai airport Langkawi hujan gerimis (hujan tak lebat) , so mase nak landed baru berani nak tgk tingkap sbb aku mmg gayat. hiks ampun!! aku pegang kuat jela si Pipa mase dalam flight. Masa dah sampai tengok permandangan dari tingkap Subhanallah, Allahuakbar. Cantik sangat permandangan. Then pergi kaunter kereta sewa, ahaa abang tu offer baik punya. So deal lah amek Myvi auto. hahaha lepas tu baru check in The Cabin. 10minit je dari airport then excited tengok sebab tgk bilik cantik, kawasan pun bersih. fuhhhh tarik napas dalam2 teruja! Thanks to Kak Nora sbb dia tlg booked the cabin utk kami & suggest nice place to stay. hehehe
ohhh chalet kiteorg belakang Pantai Cenang jer ahaks.. 2minit jalan kaki dah sampai. kih3

Day 2

Okay hari kedua kiteorg pergi naik cable car, otw nak ke sana lalu Pantai Kok. Perghhh cantiknya.
So balik dari cable car baru dah plan nak lepak tepi pantai Kok. Walaupun aku ni gayat tahap gaban tapi gagahkan diri naik cable car. ahaks Bergerak je cable car tu, aku dah cuak pastu diam xleh nak cakap apa-apa. Hubby dah riba si Pipa, nasib Pipa tak nanges dalam cable car tu, kalau dia nanges kompem kiteorg kalut. hihihi... So harga tiket sbb pergi weekday RM20 (adult) perperson total RM40 tunjuk mykad mykad. Baby tak payah bayar. hehehe ahaa ade kelainan naik cable car ade tayangan 3D... ekeke syok wooo 5minit kot dalam tu. Dulu masa aku pergi ng Papa tahun 2008 takde lagi 3D ni. haa sedih sketlaa sbb time naik cable car hujan lak atas gunung tu, tak nampak sangat laut selat Melaka sbb dah berkabus la pulak hee...

Day 3

Hari untuk shopping. lalala... takdelah shopping banyak. Beli cokelat pun tengok yang mana sedap & rare sket. Yg mahal kat K.l ni kita beli lah kat Langkawi. hehehe Pastu jalan2 Pekan Kuah, alahaiii hambar rasanya sebab kedai dah tak havoc cam dulu. hehehe takpelah kiteorg pusing2 jugak sebab dah alang2 sampai kan. Then decide shopping kat Cenang Mall & The Zone & Coco Valley Cenang jer. Sume tu dekat gila ng The Cabin. Jalan kaki sajjo. hehehe Tp sebab malas so naik kereta jugak. kah3 dah sewa kenalah bawak ek.Oh yes! malam tu kiteorg dinner ikan bakar kt Restoran Hj Ismail.
Sedappppp! Ikan Jenahak bakar...

Day 4

Last day, rasa tak nak balik. Tapi apakan daya kena balik jugak demi mencari sesuap nasi. hahaha
Kang nak pergi next vacation camne pulak kann... ahaks.. Flight dari pukul 4.50pm delay sampai 7.30pm... fuhhhh 3jam lepak kat airport. Nasib baik airport Langkawi selesa + ade wifi lak tu. kih3
Sambil2 tunggu flight delay, kiteorg makan jela...

Rindunya Pulau Langkawi. So kepada mereka yang teringin nak pergi tu better buatlah bajet bebetul bcz sana makan pun aku rasa agak mahal laa bg org yg tak berapa nak ade duit cm kiteorg ni. hahaha makan tghari kalau dua org makan lauk campur biase2 ng teh O ais pun dah RM20 kat sana. ahaks ke kami salah masuk kedai kot. Plan bebetul perjalanan & aktiviti nak buat di Langkawi. Ohh pastu yg perempuan kalau pergi pantan tak payah la nak berkasut tumit tinggi sangat. keh3 Payah nau tgk nak berjalan tu.

Layan gambar dari Phone aku jelah ek, yang lain sume nantilah upload. hiks

ni kat The Cabin, hubby & Pipa kt depan pintu masuk
Tu siang posing depan bilik kiteorg. Nyaman sekali! mcm kt Simpang Inn Bali.


Belakang The Cabin jer, jalan kaki dah sampai.


Di Oriental Village, nak naik kereta cable kat sini lah. hehe

Permandangan di kereta kabel.

Pantai Kok, Pulau Langkawi.





















Friday, March 27, 2015

I'm just being Me.

Assalamualaikum & Alhamdulillah. It's a good start for today.

Imma happy kids! Bila dapat beli buku baru, mulalah tak sabar nak baca. hihi




















Yeay! This book is something I must have bcz Mat Lutfi one of my Feveret  blogger which are always Positive & funny. Hahaha

Today bukan nak story pasal aku dah dapat beli buku Mat Lutfi ni. hehehe

Tapi hari ni just nak berbual kosong. Ewahh gituw. For those yg sudi baca blog ni Terima Kasih.
OH, Balik lunch tadi sempat masak Nasi Ayam Hainan, dgn bangganya menjadi pulak. HAHAHA
Mungkin sebab masak dengan penuh kasih sayang. hehehe Selama ni pun masak jugak tp kekdahnya aku ni tak terer bab2 memasak ni. But this time jadilah pulak. hahaha
Hubby siap cakap nasi ayam tu cantik & sedap (Thanks Hubby), resepi google & resepi tu dari blog http://mamiairis.blogspot.com/2014/01/resepi-nasi-ayam-hainan.html .
So siapa yg teringin nak buat sendiri boleh cekidot resepi dia. Senang nak paham! hehehe

Okaylah, esok dah berhujung minggu. So make sure you all penuhkan dengan aktiviti bermanfaat.
Aku pun banyak menda nak setel weekends ni. Busy mummy + superwoman memang banyak aktiviti. hehehe poyola pulak kannn. Lega bcz half or preparation for Afeefa 1st birthday party dah setel. Well, I want everything perfect on that day bcz 1st time nak buat majlis utk Afeefa. hehehe
Can't wait bcz nanti all of my good friends will be there & bolehlah gossip2 kih3


Okay got to go. Have a nice weekends! xoxo










Wednesday, March 25, 2015

Buku dan kedamaian.

Assalamualaikum,

Selamat berhari rabu. keh3 Moga hidup cerialah hendaknya.

Pagi ni baru nak topup stok buku, tak puas hati ni kalau tak dapat membaca.
Boleh dikatakan membaca buku ni adalah salah satu hobi yang paling aku gemar.
Agak klise kan bila dengar orang tanya hobi kau ape? hobi aku membaca buku. hahaha
Eh, dari membacalah kita dapat pelbagai ilmu & kepuasan membaca tu errr tak boleh digambarkan.

Sekarang ni, dah banyak genre buku. Tak kisahlah dari sudut keagamaan, kesihatan atau novel cinta dan indie. Makanya , banyak pilihan nak beli. Aku berangan kalaulah one day aku ade rumah sendiri, wajib ade satu bilik khas atau ruang untuk buku-buku. Kiranya buat sudut membaca & nak ajak Pipa join membaca. hehehe kan comel tu. Dari dia mengadap tab ke henpon yg takde faedah sgt.

Sekarang ni , aku baru nak buat koleksi novel seram. hehehe Sampai hubby aku pun pelik tgk aku latety obses baca novel seram. hahaha Hurmm ade 1 novel Ahadiat Akashah yg aku nak beli tapi takde stok. =_= hope adelah stok kalau pg mana-mana kedai buku. Dia salah satu penulis novel yg terbaik. Jalan cerita tak pernah tak best hehehe

Okay lah. Got to go. nak shopping buku online! yg penting buku MatLutfi aku dah beli. Hahaha
Pueh hati den ni hahh... HAVE A NICE DAY ALL! XOXO

kalau dapat sudut membaca cmni, mmg tak keluar rumah dah. kih3 









Thursday, September 18, 2014

Resepi Oglio Olio Ayam (Mudah Sajjo)

hehehe rasenya ni 1st time Aku share resepi dlm blog.
Aku mmg peminat spaghetti. Tak kira jenis mmg aku ngappp sajjo! haha
eyy pelahap di situ chuolls...

Okay la aritu try buat oglio olio ayam sbb tak beli udang. hihi
Sedapppp sampai tak cukup hubby kita makan. ngeh3

Oglio Olio Ayam:

Bahan-bahannya:

Spaghetti (yang direbus dgn planta & garam secubit)
Ayam dipotong dadu (kuantiti secukup rase lah)
bawang putih 6 biji (dicincang halus)
Cendawan butang 6 biji (potong kecik2)
serbuk lada (aku gune yg dominos jek hehek) / if xde jugak cincang je cili kering halus2
serbuk oregano (ade jual kt tesco)
sedikit serbuk black pepper
butter utk menumis (sesudu pn cukup)
minyak zaiton / kalo xde minyak zaiton gune jela minyak bese hihi

Cara-caranya:

1. Rebus la dulu spaghetti tu sampai lembut & x melekat dgn satu sama lain.
    Tapis dan ketepikan.

2. Mula2 letak minyak masak/minyak zaiton & sedikit butter dalam kuali. pastu tunggu dah panas baru masuk bwang putih. Tumiskan sampai bau harum tp jangan hangus yer. hehe

3. Pastu masukkan ayam yang dipotong tu campak je dlm kuali (haa enko jgn ler campak lak, aku ni mmg suke gune ayat campak2 jek haha) dah agak masak ayam tu masukkn cendawan butang tu & masuk kan serbuk oregano tu & black pepper.

4. Lastly masukkan spaghetti & serbuk lada tu. serta korang perisakan la dgn garam sket kalo kurang masin. Haa serbuk lada kalo korang gune yg dominos tu boleh letak sepeket kecik tu habes. Kalau suka pedas laa.. hehe pastu gaul sebati & xyah lama sgt. Siap & Makan!!

SELAMAT MENCUBA. OKEY LAPARNYA! HIHI