Monday, February 13, 2017

My 29 birthday celebration!!

Holaa!
Posting blog utk hari ni I nak throwback pg short vacation ke port Dickson & melaka. 2 hari 1 mlm shj!! 16-17oct 2016. Actually mase ni I dgn hubby busy pindah ke rumah baru, belum pindah sepenuhnya. Tp tetap jugak dia nak celebrate birthday wife kesygn dia ni kt Pd & Melaka. Walaupun sekejap we had so much fun together!! Hihi

1st day after hby I balik dr shif mlm, I risau jgk dia tak larat utk memandu jauh. Tapi dia cakap okay je, so okay lah after 8am kiteorg dah siap2 pg pasar ahad beli sarapan kuih & air panas utk makan dlm perjalanan ke Pd. Lgpun I dah siap masak nasi briyani ayam for lunch. So lunch dah jimat. Hehehe the reason why, kiteorg gerak awal pagi bcz nak melepak & berkelah tepi pantai pd... Alhamdulillah selamat sampai & x ramai lg org. Dpt parking dkt je.. hehehe so sampai2 ambik tikar siap alas semua. Tukar kan baju Afeefa, yg dia ni sememangnya geli dgn pasir pantai. Mula2 jer geli, lepas tu main x ingat dunia...
Lama jugak laa kami kt pantai bcz nak check in pukul 2pm nt so bg can lepak pantai sampai sunburn. Kih3 nasib baik kulit I tak sunburn... Shiann abi dia ng pipa main pantai ng mandi lg so nampak kulit tu kena sunburn. Mmy Afeefa x sbr nk berendam kt swimming pool hotel jek hehehehe..

Nak cerita psl hotel, I suka booked online especially from AGODA! Tak tahu lah kenapa, but I prefer guna Agoda. I cari hotel yg murah je 1 mlm br RM80 yg comfortable utk tidur 1mlm je, heyy yg bestnya hotel murah ni ade kolam & breakfast for next morning. Hehehe so we stayed at Langit Langi hotel.

Lepas check in 2pm, hubby rehat bcz dia dahla kerja mlm sebelumnya. Kang berbuih pulak x tido dgn drive lg. Kasi can dia rehat. So mmy bajet afeefa penat nak tido, rupenya energy dia full lg Hahaha so mmy bwk dia pergi swim kt kolam. Just two of us. Dahlah sunyi mmg heaven, tenang betul rasa di hati. Kih3

Mcm biaselah bila dah mlm nak pg dinner pulak. Hubby ajak dinner di Medan ikan bakar. Tp mlm tu hujan lebat + ribut sampai meja kerusi pun nak terbang. Haii xde rezeki nak makan kt tmpt fev mlm tu. So pusing punya pusing nak cari tempat makan yg bertutup. Jumpa kt bandar pd tu, dgn perut tgh lapar bagai nak apa. Dgn hujan dah gerimis mengundang. Drama sgttt Hahaha nak merayap mlm tu pun xjadi.




The next morning, kiteorg breakfast di hotel. Lepas makan, rehat jap & pg mandi kolam bertiga hehehe lepaih tu, siap2 pulak nak ke Ayer keroh, Melaka. Nak bwk Afeefa pg zoo Melaka. Syok woo pg weekday sbb xde org ramai. Kih3 mcm zoo tu kiteorg je booking. Tp yg lwk nya byk binatang tido laa pulak. Kiteorg sampai after lunch hour dlm 2pm jalan dalam tu dkt pukul 4.30 cmtu br keluar dr zoo. 

Afeefa rupenya takut tgk animals bsr2 Hahaha selalu dlm tv dia paling excited. Ni tgk depan2 dia nak nangis pulak , duduk je dlm stroller tu xnak tgk. Tp dia suka tgk monkeys and tiger. And yeahhh tqsm hubby for a lovely short vacation for my birthday!! Hehehe we love you always .
The end. #throwbacklastyear





Sunday, February 12, 2017

I wish my dreams come true!

Good morning everyone!
Hari ni ahad, lovely morning for me & my daughter. Hahaha Walhal hari-hari lain pun sama je mcm weekends. 
Hey! Kenalah syukur bcz not everyone dpt hari2 feel like weekends mcm kiteorg dua ni. Especially hubby. Sian hubby kerja 12jam for us. Tqsm hubby 
Oh my daily routine, after subuh. Making a breakfast then kemas rumah. Session kutip2 habuk & vacuum rumah. Lepas tu kemas dapur & bla..bla..bla.... Hahaha  dab byk lagi. So 24/7 stay at home I have a lot things to do.
Well I'm so thankful bcz I can teach Afeefa how to manage her self. Home schooling with mmy sgt seronok okay Hahaha I'm proud mmy!! We have our dance class, exercise, art class & baking class. Reading and writing class. Walaupun basic jer , Afeefa boleh ikut mmy ajar dia. Hihi

Nak upload pic lg but Hp ni lambat pula loading. Till next post, nak story last year vacation to Malacca & Port Dickson. Hehehe See yah! Happy Sunday all...


Saturday, February 11, 2017

It's been so long since....

Asslamualaikum and good morning.

I'm writing this from home. Hehehe
Nothing much to write up. But this year will be a good year for us. InsyaAllah.
Let's pray together and live our life without any issue. I mean, if you have a problem then you have to face it and fix it.
What a surprise!! This year I'm turning 30. Hahaha not only me! My cute daughter is turning 3 soon. May Allah bless our life. We may have a big celebration party this year. Hahaha I've so much idea... Bla.. bla..bla....

Wait... Wait... You must be so curious what I'm doing right now. I mean I really don't have any official job and position for the moment. But I will always survive. Hehehe so don't worry and just be happy!

We have a few trip this year and it's gonna be fun. Starting from this March and ......... Will update more about it. I love vacation so much! 😆😆👍

Okay got to go. Need to go to market bcz today we have special guest will come for a visit. Hehehe

Muachhh till next post!

Friday, August 19, 2016

Mudahnya dgn app Blogger ni!

Yeahhh mcm boleh bernafas balik bila dapat kembali berblogger. 😂 Setelah sekian lama tak menulis, berkongsi cerita suka duka, cerita percutian dan lain-lain.

Tahu app blogger ni pun dari cik Yatt... Nak download tapi memory pulak tak cukup. Ahaa ni dah cukup, hari-hari aku boleh update.

Actually,  banyak sangat nak tulis. Tapi takpe kita warm up dulu dengan cerita yang tak berapa bosan. Kaedahnya tak bosan laa sgt! Hahaha

Siapa yang tanya aku sekarang keje mana, dgn bangganya aku nak bgtahu aku masih surirumah sepenuh masa & buat bisnes online kecil-kecilan. 😉👍

Masih gembira di rumah sbb layan cikPa 24/7 tanpa jemu. Harus diakui cikpa pun dah semakin montel bila duduk rumah dgn mmy nya ni. Hahaha so, mmynya pun sama naik je gebus juga. Tapi takpe tu tanda mensyukuri nikmat Allah bagi.

Okay jangan lupa baca coretan hari esok! Coretan bukan carutan, dah jadi mak bdk ni carutan dah dikurangkan. Hahahaa

Sincerely,
Mummy Afeefa.
Xoxoxo

Tuesday, August 25, 2015

Being a fulltime housewife!

Assalamualaikum & good day everyone!

Bersarang blog ini untuk seketika sebabnya ketiadaan laptop juga line internet yang laju.
Apakan daya, tapi kena sentiasa bersyukur kepada Allah kerana masih 
diberi nyawa untuk berbakti kepada keluarga.
Minggu-minggu menjadi seorang surirumah adalah saat menggembirakan kerana 24/7 dapat jaga si bambam Pipa hehehe

Tapi masih menanti jawapan panggilan temuduga serta temuduga yang sesuai untuk diri ini.
Semoga ada rezeki dan sinar harapan buat diri sendiri. ahaks.
Sebenarnya, kagum dengan mana-mana mummys yang jd fulltime housewife.
Jangan kata yang tinggal dirumah itu duduk goyang kaki sambil menonton drama sinetron!
Anda silap!! kecuali surirumah jenis kepoci/pemalas mungkin sebegitu.
Aku yang tinggal di rumah ni, macam-macam kerja wajib buat.
Jaga anak 24/7, memasak, mengemas, menulis dan lain-lain la...

okay lah, actually aku tulis blog harini pun kat cc. 
Kebetulan hubby ku off day, so dia boleh jaga Pipa.

Good luck utk diri sendiri & moga artikel ku diterima.
100% original. In sha Allah.
Usaha, doa & tawakal.

Amin.

Tuesday, June 16, 2015

My tips of happiness.



Throwback Vacation in Bali.

Ahakss... jangan carutss... Hari ni mmg sengaja nak update bab2 vacations jek.
Untuk menghilangkan stress. meh kita throwback.

Tapi x boleh nak show off semua gambar bcz dulu still freehair. kroihhh
hiksss ampun! gambar lama yaa donkk... 2009.
Kangen bangat sama Bali! huhuw 
















Throwback short gateaway with Salmah Family.

Assalamualaikum & Hi all,

Hari ni saja2 nak throwback short gateaway last year. Masa ni Mama, abah, adik dtg bercuti kt rumah aku, sbb aku dah janji nak bwk adik pergi Aquaria Klcc & jalan2 sekitar Klcc. Then bawak dorang round bando kolumpo tu..hahaha gituww... Yela sian dia tak pernah sampai lagi Klcc katanya, keh3 bebudak kan.. dia punya excited seronok aku tgk! 

So, aku pun dah siap beli online ticket utk Aquaria sbb mesti ramai yg beratur nanti dlm tu. Aku suka camni, aku survey dulu tempat2 nak pergi tu & kalau ade jual ticket online tu aku akan beli terus. hehehe and yess, masa kami sampai je Aquaria tu mmg ramai yang beratur. kah3 kiteorg dah beli siap2 so jalan terus ke depan kat kaunter khas then amek ticket & terus je masuk dalam. Dalam aquaria tu mcm2 jenis ikan ado, dari kecik sampai beso dari size kita pun ade. hahaha ngeri jugak tgk beso2 cmtu especially ikan jerung. Okay meh layan gambar kat bawah ni. hihihi 

Ni masa siap-siap nak berjalan. hehe 

Ni mase tgh berjalan nak ke aquaria, jauh lak parking kereta. Fuhhh penat jalan.
Tapi tetap excited, lagi2 si Faris farhan tu. hahaha

Faris Farhan bergambar kt akuarium piranha hehehe
ni mase baru masuk dalam aquaria. 

ni ikan comel2 jek.

yg ni pun, tah speasis ape. aku pun dh lupa. comel2 jek.

haaa..yg ni dah size large. ni boleh buat stok lauk utk sebulan. hahaha


tgk suami aku terkojut ikan jerung tetiba kt dpn tu kah3


haaa hamek kau... sekali lalu Ikan pari besaq gilaa.. buat asam podas sekampung boleh makan haha


seram maks... hahaha risau pecah jer kaca kt belakang tu. 

kwang3 suka tgk jellyfish ni comel sgt... nak bela sekor rasenya. 

At last, adik Faris sampai jugak KLCC. hahahaha 
kat Pahang xde Klcc so kita bwk la dia berjalan cni.

Tgk muka tu, dpt main games pulak. suka sgt dia. keh3


Bwk Mama jumpa Mama. hehehe 

Then dah habes sehari merayap kat bando Kolumpo, esoknya aku bawak adik, mama & abah pergi jalan2 Shah Alam pulak. Sebenarnya nak pergi beli kain kat Jakel tu hahaha
Then, dah beli kain kat Jakel. We ols jalan2 kat Setia city Mall sbb nak belanja mama makan (suprise nak sambut bufday Mama) hehehe sambut awal sbb nanti tak dapat balik Pahang.




Lucky day, kiteorg terserempak dgn goal keeper kesukaan mereka. ahaks..
ape lagi bergambo laa sekali... 


makan, rehat & rilekkk... ahaa gituww hehehe Pipa manja ng aki.


Okay tu jelah nak dikongsikan, actually aku yang ajak Mama, abah & adik bercuti bcz mama busy keje. So adik kat rumah mase cuti sekolah tu & dia pun takde pegi mana2.
 So ape salahnya kak ngah ni belanja dia. Bukan selalu pun dpt jumpa & jalan2 camni. 
Aku pun tak tau nak balas budi Mama & Abah camna so bwk dorg jalan2 jela.
hehehe Kebetulan hubby aku off day, so bolehlaa jalan sekali. 
InsyaAllah nanti nak bawak Mama & ayah pulak berjalan ke Kuantan , Pahang.

P/s: Keluarga tu penting. Susah senang bersama.