Thursday, February 26, 2015

Food Addicted!

Assalamualaikum..

Petang ni hujan! Syukur, Alhamdulillah hujan turun membasahi bumi.
Petang-petang camni dapat makan goreng pisang dgn teh O panas nikmatnya.
Hari ni rasa macam nak sembang-sembang kosong jela dalam ni.
Kiranya topik hari ni suka hati aku la nak tulis ape, asalkan tak mencarut, tak mengumpat udahla.
aku taknak tambah dosa kering. hahaha gitusss!

Aku nak meluahkan perasaan ni, mmg cmni ker nasib aku?? urmmm berat badan aku naik 2kg.
hambar hahahah pasal berat badan naik jela kan. Payahla nak diet laa.. Bila nak diet je sure xjadi sbbnya nanti aku yg tanya hubby. Hubby malam ni makan ape eh? nak masak ape eh? nak chumy buat ape eh? hahaha takpun kalau x masak. aku akan tanya hubby, hubby mlm ni psr mlm kan? jom pg makan burger? jom steamboat... kadang2 hubby aku lak ajak, chumy jom makan lamb, jom pg hjmaru (kedai dekat rumah jek), jom makan roti nan cheese kL. hahaha kekdahnya kiteorg dua-dua pun kuat makan. Kiteorg berdua ni actlly tak memilih nak makan ape & rasa nak makan, terus makan.

Paling lawak ade sekali tu, hubby dia beria google tempat makan & konon2 nak kasi gempak ah kat aku, so dia drive follow google maps. Sekali tah kemana-mana bawaknya hahaha aku kalau dah lapar mula rasa cam nak makan org hahaha stress weh kalau lapar, nanti tak fokus! kih3 google tempat makan western lah apa. Sekali la dia bwk western kt area kota damansara ayub cafe. such a  nice place sbb dlm tu banyak barang2 antik and makanan pun sedap. Pastu ade babak jatuh kerusi. hahaha
tu aku laa yg jatuh sbb nak kutip Pipa punya puting jatuh kt bwh. =_= sigh! nasib tak ramai org kah3 hubby leh gelak2 bukan nak tlg angkat hahaha

Saja nak share gambar makanan, hahaha ni separuh je post dalam ni. Kira ni jalan2 cari makan laa.. Gambar campur2 aaa... hehehe lain2 tempat dan lain masa dan waktu.

ni kat Umbai Ikan Bakar subang perdana jek. hehe sedap!

Celebrate birthday Mama kt Old Town white coffee

ni pun masa makan kt umbai

Manhattan Fish Market! terbaikkk..hehehe 

Delicious Cafe kt SCM jek hehehe

ni masa kat PD

Nan Cheese terbaik kat KL (dari zaman bujang dah mkn kat cni & still the best)
masuk dalam jjcm tv3 okay. google la kalo korg nak tau kat mana. hehehe


Aku suka desert and menda manis2 hehehe mcm pavlova, macaroon, cakes, creme brulee ke.. ewahhh enko.. bajet semua nak western. ishh aku ni kuih ng desert kemelayuan pun aku makan.
Banyak jugak tempat makan dalam list aku ni. next time pegi kalau free2. hehehe


Craving this!!! harap2 ahad ni ade kat Food festival. hikhikhik

-END-










Wednesday, February 25, 2015

Afeefa sickness

Assalamualaikum all,

Terasa lama cuti bcz Afeefa kena demam campak or ciken pox. Terus sambung cuti 2hari lagi sebab Afeefa still not okay & mestilah tak boleh hantar taska takut pulak berjangkit dgn baby2 lain hehehe.

Mummy punyalah panic masa tgk bintik-bintik merah kat bdn Pipa..Almaklumla anak first & tak pernah kot jaga orang kena demam campak ke ape. kih3 kalau setakat Pipa demam biase tu dah xdehal nak jaga. hehehe

Seyesly menguji kesabaran la jugak nak jaga Pipa demam campak ni. fuhhh dia punya nak berkepit tu, mummy xleh nak bergerak ke mana2 hehehe Badan x selesa. Miang2 pastu musim panas lak ni. aduilaa... Mummy dapat banyak tips dari kawan2 & kaum keluarga pasal demam campak or ciken pox ni.Nasib badan dia suhu tak tinggi mase kena demam campak ni.

Antara tips: sapu losyen callamine, letak bedak sejuk, bagi mandi air basuhan beras, letak daun semambu ke apetah bawah bantal bagi sejuk and banyak lagi. Oh yer! minum air kelapa & banyakkan bg minum air kosong. 

So today turn Abi pipa pulak jaga kt rumah, mummy call. bukan main senang hati dgr suara Pipa kt rumah. hahaha dia kalau ng Abi geng laa..

cian baby tembam mummy ni hee tp still aktif,

CNY cuti lama sambung menyambung laa bergilir-gilir jaga anak yg tgh x sihat ni. Apa yg penting kerjasama!! Btw, Mummy and Abi doakan Pipa sihat mcm selalu yer syg... latest berat bdn anak mummy ni 8.30kg hope tak susut la badan dia. Demam ni kurang selera makan. wuuuu





Wednesday, February 18, 2015

The Internship

Assalamualaikum.

Comel ke blog baru ni? hehehe comel kan... kan...
Sebenarnya lama tak menulis haa.. mcm2 cerita nak ku ceritakan.
Tapi tgk la mana yg berkenaan jelah aku cerita ek.
yg lain biarlah rahsia hehehe
So, 3 bulan lepas Synchronet Sdn bhd ada laa bebudak prektikel kt sini.
bebudak sangat hahaha
Adik-adik manis bunga dua orang & sorang la teruna.
Yatt, Muss & Syawal.

Aku mula2 bajet nak buat kerek ah kt dorang ni. hahaha keji x?
tapi sebab mcm tak best lak jadi kakak kerek sbb diri ku bukan sebegitu.
So pegilah terjah tgk dorang buat apa dlm bilik tu & cam biase la kenal2
dan lepastu........haruslah dah rapat & ngam!!
hahaha
karakter sorang2 dah aku leh baca dah.
Sorang kaki novel, sorang kaki berfalsafahlah, sorang lagi urmmm hahaha no komen...
hahahaha yg pasti dorang suka borak & masuk kepala aaa...
Sempatlah jugak menyemak follow dorang shooting. (dorang pakse sbnrnye)
hahahaha jgn marah aaaa 
Makcik ni yg sudi nak jadi tukang make up.
sbbnya tak bestlaa kan kalau tak make up.

Now dorang dah habis internship! hurmmm 
Tak best sbb sunyi office. Takde tempat aku nak menyemak.
hehehe

Btw, dari jauh ku doakan kejayaan adik2ku ini,
They are the best internship so far!
Paling best senang nak bawak makan. kah3 

kenangan bersama!

yg ni yatt snapkan! my feveret sbb kaki pipa je nampak hahaha

melaram laa apa lagi, dua2 dah kena touch up! ahaks

Lepas solat, menyempat welfie tu. kih3

P/s: Kalau korang free2 mehla melawat kakakmu ini eh! xoxo


Good Friends are hard to find,
Harder to leave,
and impossible to forget!




Our Vacation at P.d, Penang & Ipoh December 2014

Assalamualaikum peminat2 ku. ahaks.
Tak minat pun jawablah salam yg kuhulurkan tu.
Ape yg aku mengarut ni. hahaha
Okay, just nak update holiday last year.
Macam xde tempat lain nak pergi sebab teringin sangat nak pergi pantai 
so pantai paling dekat P.d jelah yg paling dekat ng rumah kiteorg. 
Stay 3d2n kat P.d bawak Pipa. Suka dia kalau jalan2 ni. 
Alhamdulillah cuaca okayla, cuma Pipa xdpt nak swim kt kolam ptg tu hujan pulak.
Next time yer Pipa mmy bawak pg mandi kolam lain hehehe.

So gambar ni jelah. malas nak bebanyak sbb selalu pg Pd.

Next...

Kami dapat good news dari Fizah & Dawami.
So, hubby mestila attend wedding dorang bcz Dawami 
kwn baik dia masa study Politeknik Seberang Perai.
So to Penang kita jalan2 pulak hehehe...
Pipa bukan main syok bergambar dgn pengantin lupa kt Mummy & Abi.

Tahniah You all, Fizah Cun sgt! Dawami pun segak. hehe Tgk Pipa sengih bacin. 

Dah selesai makan kenduri, kami bertiga pg check in Hotel.
Hotel dekat je dgn rumah pengantin, area Butterworth.
Hotel murah je , Ecotel Butterworth.
Takda brekpes ke apa kt hotel tu tp just nice la utk 1 malam.
Walaupun murah viewnya nampak laut. Romantik okay!

Masa pg Penang lalu jambatan lama & balik lalu jambatan baru.

Jalan-jalan sekitar Penang. Makan,makan & makan.

Puas hati dapat makan nasi kandaq Kassim Mustapha! terbaikk oi. 
yg lauk udang tu cheq punya. sotong hubby punya.

Next...

Last sekali balik Ipoh. hehehe
Stay rumah Poksu & mak usu Elie.
Syokla merayap pg gerbang mlm. 
Pipa pun suka sgtlaa sbb jalan2 lagi. hehe

Dinner & pg gerbang malam pastu apetah taman tu lupa lak nama. Ade lampu comel2.

Sakan bergambo kt mural art ni. hahaha gambar lain ditapis. ahakss

Thanks Family Poksu sebab sudi melayan kami sekeluarga.

At the end, percutiaan yg menyeronokkan. hehehe dah cuti kompemla sonok.
Tak seronok atenye kome tu dah kenapa kan gituss..hahaha

Okay. 2015 punya vacation dah pun aku buat perancangan.
Chalet dah booked & dah beli tiket flight.
Nak celebrate anny ke dua tahun kawin & bufday Pipa setahun.
 InsyaAllah bulan May kiteorg pg pulau....pulau mana?? ahaaaa tunggu dah balik dari cuti
 baru aku update!!
Okay Bye! muaxxxx.







Tuesday, February 17, 2015

Intan Afeefa Binti Muhamad Azim

Biodata Intan Afeefa.

Nama penuh : Intan Afeefa Binti Muhamad Azim
Tempat Kelahiran : Hospital Temerloh
Tarikh Kelahiran : 23 April 2014
Berat (kg) ketika dilahirkan : 3.02kg

Sehari sebelum dilahirkan, Mummy teringin nak makan burger.
hahaha pastu malam tu mintak tlg Mama & Abah bwk pg Kfc.
Malam tu makan dengan penuh gembira but masa nak tido tak berapa nak lena
bcz of baby bergerak sangatlah aktif.
Lepas tu, esok subuh lepas je dah ambil air wudhuk.
Mummy pun pecah air ketuban.
12 Jam jugaklah nak melahirkan si Afeefa ni.
But semua kuasa Allah, sakit ku boleh tahan sampai la jam 6:04pm lahir seorang puteri yang comel.


Hai, you all hehe

Sorry terjelir lidah pulak haha

hurmm okaylaa nak balik rumah wan la. kbye

Gambar semua ni masa Afeefa baru usia sehari. 
Wan and Abi datang nak amik kiteorg discharge dari hospital.